Guillain-Barre Syndrome

oie_tk6mPfylFnPt

Hai semuanya..:) Semoga semua sihat sejahtera. Seiring dengan berjalannya waktu, pelbagai jenis penyakit telah pun ditemui. Daripada yang berbahaya sehinggalah yang kurang berbahaya. Akan tetapi, kita tidaklah boleh memandang remeh akan apa jua jenis penyakit. Ini kerana, melalui satu penyakit yang dihidapi, kita mungkin berisiko untuk menghidapi penyakit yang lebih serius.

Oleh itu, tidak kiralah apa jua penyakit yang dihidapi, pastikan kita sentiasa berwaspada. Walaupun mungkin penyakit tersebut hanyalah demam biasa. Sebagai contoh, kita mungkin memandang remeh akan demam yang dihidapi, namun disebabkan kita sedang demam, tubuh badan kita menjadi semakin lemah serta lebih mudah terdedah kepada lain-lain penyakit yang lebih serius.

oie_trans

Tajuk yang dipilih oleh tcm pada hari ini dikenali sebagai “Guillain-Barre Syndrome (GBS)”. GBS adalah sejenis penyakit yang sangat jarang berlaku. Walaupun begitu, kehadirannya tetap perlu kita berwaspada. GBS merupakan penyakit autoimun yang menyerang sistem imun dan juga saraf. Penyakit ini disebabkan oleh penyakit berjangkit yang menyerang sistem ketahanan tubuh badan seperti jangkitan pernafasan.

Bagi mereka yang mendapat jangkitan pernafasan, jangan ambik mudah yea berkenaan hal ini. Ini kerana, ianya dikhuatiri merupakan tanda kecil bagi penyakit yang lebih serius seperti GBS. Boleh dikatakan sebanyak 50% kes penyakit ini terjadi sejurus selepas seseorang itu mendapat jangkitan kuman (virus atau bakteria) seperti penyakit sakit tekak atau cirit-birit.

 

Jenis-Jenis GBS

Onion-onion-head-emoticon-23254609-130-130

  • AIDP (Acute Inflammatory Demeylinating Polyradiculoneuropathy) – GBS jenis ini merupakan jenis yang paling umum terjadi di Amerika Syarikat. Antara gejalanya adalah seperti kelemahan otot yang terjadi daripada bahagian bawah tubuh badan seseorang itu dan seterusnya merebak ke bahagian atas.
  • MFS (Miller Fisher Syndrome) – GBS jenis ini terjadi dimulakan dengan mengalami kelumpuhan pada bahagian mata. GBS jenis ini lebih sering terjadi di kawasan Asia.
  • AMAN (Acute Motor Axonal Neuropathy) & AMSAN (Acute Motor-Sensory Axonal Neuropathy) merupakan jenis GBS yang sering terjadi di China, Japan dan juga Mexico.

 

Gejala-Gejala GBS

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Merasakan seakan-akan pin dan jarum yang mencucuk-cucuk pada jari kaki, pergelangan kaki serta tangan
  • Mengalami kesukaran untuk menaiki tangga ataupun berjalan
  • Mengalami kesakitan dan kekejangan yang sangat sakit pada waktu malam
  • Bahagian kaki menjadi lemah dan seterusnya dengan perlahan mula mempengaruhi bahagian atas
  • Degupan jantung yang sangat kencang
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Kesukaran mengawal fungsi usus dan juga pundi kencing
  • Mengalami kesukaran untuk bercakap, mengunyah ataupun menelan makanan

 

Antara sifat-sifat bagi GBS ialah ianya dapat berjangkit pada semua peringkat usia. Tidak kiralah sama ada kanak-kanak ataupun orang dewasa. Akan tetapi, ianya sangat jarang terjadi pada warga emas. Diantara lelaki dan perempuan, penyakit ini lebih banyak terjadi pada golongan lelaki. Penyakit ini tidak diwarisi, serta ia juga tidak boleh merebak melalui kelahiran atau daripada penderita GBS itu sendiri.

 

Rawatan Bagi Membantu Pesakit GBS

  • Plasma Exchange – Membersihkan plasma antibodi tertentu yang berpengaruh pada sistem ketahanan pada saraf pheriheral. Bahagian cair pada plasma akan dihapus dan dipisahkan daripada sel-sel darah serta menghasilkan lebih banyak plasma baru.
  • Mesin sokongan – Sekiranya otot pernafasan pesakit terlalu lemah, pesakit akan diberikan sokongan mesin pernafasan.
  • Immunoglobullin Theraphy – Memberikan imunoglobin yang mengandungi antibodi yang sihat melalui penderma darah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>