Penyakit Hashimoto

oie_z3mJaly7jMg8

Salam sejahtera semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit hashimoto. Nama bagi penyakit ini diambil bersempena dengan nama doktor yang menjelaskan mengenai penyakit ini pada tahun 1912 iaitu “Dr Hakaru Hashimoto”.

Penyakit hashimoto sebenarnya merupakan sejenis penyakit gangguan autoimun di mana sistem ketahanan tubuh badan kita akan mula menyerang jaringan tubuh badan kita yang sihat dan seterusnya merosakkan kelenjar tiroid.

 

Apa itu Kelenjar Tiroid? Kelenjar tiroid adalah kelenjar kecil yang terdapat di dalam leher kita. Kelenjar tiroid akan menghasilkan hormon yang dapat mengawal metabolisme, degupan jantung dan juga kemampuan tubuh badan kita untuk menggunakan kalori daripada makanan yang kita makan.

Penyakit hashimoto merupakan salah satu penyebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami hipotiroid.

 

Faktor Pendorong Penyakit Hashimoto

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti sebagai pendorong kepada penyakit ini. Antara faktor-faktornya ialah :

  • Hormon : Penyakit hashimoto lebih banyak terjadi pada wanita berbanding lelaki dengan nisbah 7:1. Terdapat segelintir wanita akan mengalami gangguan tiroid setelah satu tahun kehamilan. Kebiasaannya gangguan tersebut akan hilang begitu sahaja akan tetapi sekitar 20% wanita mungkin dapat menghidapi penyakit hashimoto apabila gangguan tersebut mula berkembang beberapa tahun kemudian.
  • Radiasi : Penyakit hashimoto juga didapati lebih sering terjadi pada seseorang yang terdedah kepada radiasi.
  • Genetik : Pesakit hashimoto kebiasaannya memiliki ahli keluarga lain yang juga turut memiliki gangguan tiroid atau gangguan autoimun lainnya.

 

Gejala-Gejala Penyakit Hashimoto

Gejala bagi penyakit ini terjadi secara bertahap dan dapat menjadi lebih teruk setelah bertahun-tahun mengalaminya hingga dapat menjadikan kerosakan tiroid yang teruk. Antara gejala-gejalanya ialah :

  • Kuling kering dan rambut gugur
  • Masalah sembelit
  • Tahap kolestrol meningkat
  • Berat badan meningkat
  • Suara menjadi serak
  • Pendarahan menstruasi berlebihan
  • Kekejangan otot
  • Mengalami kemurungan
  • Sakit sendi dan otot

 

Langkah Mengatasi Hashimoto

1. Hindari stress

Kelenjar tiroid sangat sensitif dan dapat memberikan reaksi terhadap stress yang negatif. Oleh itu, anda digalakkan menghindari stress dengan cara meditasi, mengawal pernafasan anda dan sentiasa bertenang.

2. Ubah pola pemakanan

Ubah pola pemakanan anda kepada diet tiroid seperti kurangi gula, kafein dan karbohidrat tepung. Makan produk dengan kanji.

3. Hindari gluten

Komposisi gluten sangat menyerupai jaringan tiroid sehingga tiroid yang bermasalah tidak tahu cara untuk menangganinya. Oleh itu, anda disarankan untuk mengamalkan diet bebas gluten.

4. Lemak sihat

Kekurangan lemak dan kolestrol yang mencukupi dapat mendorong kepada ketidakseimbangan hormon di dalam kelenjar tiroid. Lemak sihat dapat diperolehi daripada minyak zaitun, alpukat, kacang, biji rami, yogurt dan keju.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.persify.com/id/perspectives/medical-conditions-diseases/penyakit-hashimoto-_-951000103522

http://www.pasiensehat.com/2015/06/mengenal-penyakit-tiroiditis-hashimoto.html

https://www.docdoc.com/id/id/info/condition/penyakit-hashimoto

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>