Penyakit Virus Ebola

oie_MKqDNFMvwP48

Hai semua. Sebagai manusia, kita sentiasa menginginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Namun semua itu, sukar untuk kita perolehi sekiranya kita tidak menjaga kesihatan kita. Virus merupakan antara penyebab utama bagi sesuatu penyakit itu menular. Virus dapat disebarkan daripada seseorang atau sesuatu dengan pelbagai macam cara.

Walaupun ukurannya sangat kecil, namun virus tetap berbahaya kepada kita. Virus juga dapat menjangkiti dan meniru struktur DNA pada hos yang didiaminya sehingga lama-kelamaan dapat mengganggu metabolisma kehidupan hos yang didiaminya. Lebih serius lagi, ianya juga dapat menyebabkan kematian. Jadi, pastikan kita tidak sesekali memandang remeh akan virus.

 

Penyakit yang akan dibincangkan pada hari ini juga merupakan sejenis penyakit yang berunsur daripada virus. Penyakit tersebut dikenali sebagai “Penyakit Virus Ebola (EVD)”. EVD merupakan sejenis penyakit demam berdarah yang sangat berbahaya. Lebih menakutkan lagi, sekitar 90% penderitanya mengalami kematian disebabkan oleh penyakit ini.

Virus penyakit ini merupakan sejenis virus yang baru sahaja dikenalpasti serta ia juga merupakan suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Lebih membimbangkan lagi, apabila penyakit ini juga mudah berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain. Sekitar 50%-90% kes yang disebabkan oleh penyakit ini berakhir dengan kematian.

 

Gejala-Gejala EVD

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Demam pada suhu yang tinggi (38.6°C)
  • Merasa lemah dan tidak bermaya
  • Sakit kepala dan perut
  • Kekurangan air
  • Merasa mual dan muntah
  • Tidak berselera untuk makan
  • Mengalami cirit-birit
  • Sakit pada sendi dan otot
  • Mengalami pendarahan di seluruh tubuh dan dalam badan

 

Cara Penyebarannya

Virus Ebola disebarkan daripada binatang liar dan seterusnya kepada manusia. Setelah itu, ianya disebarkan dari manusia kepada manusia yang lainnya. Seseorang itu dapat dijangkiti oleh virus ini melalui sentuhan secara langsung dengan cairan daripada tubuh penderita penyakit ini. Selain itu, ianya juga dapat disebarkan melalui benda-benda yang telah dicemari oleh virus ini.

Walaupun begitu, EVD tidak dapat disebarkan melalui udara seperti jangkitan influenza dan TBC. EVD juga tidak disebarkan melalui makanan atau air yang telah dicemari. Kecuali sekiranya makanan tersebut merupakan daging binatang buas yang telah pun dijangkiti. EVD pertama sekali mula dikesan di Sudan dan Republik Demokratik Congo.

 

Langkah Pencegahan EVD

oie_Cr7nUyW9sQRh

Walaupun penawar serta vaksin bagi penyakit ini masih lagi belum ditemui. Namun, setiap pakar perubatan di seluruh dunia, masih tetap berusaha sehingga kini bagi menemukan penawar buat penyakit ini. Seiring dengan itu, kita juga hendaklah mengamalkan langkah-langkah pencegahannya bagi mengelakkan penyakit ini daripada semakin menular.

  • Sering mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau pembersih anti-bakteria
  • Elakkan daripada sentuhan secara langsung dengan darah atau lendir, terutamanya daripada orang yang sakit
  • Elakkan daripada menyentuh jenazah orang yang mati disebabkan virus ebola tanpa sebarang perlindungan
  • Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami demam pada suhu yang tinggi serta merasa ingin muntah
  • Memakai alat perlindungan yang sesuai ketika berinteraksi dengan meraka yang menghidapi EVD
  • Elakkan daripada memakan daging yang masih mentah atau tidak masak sepenuhnya
  • Elakkan sentuhan secara langsung dengan binatang yang sedang sakit atau bangkai binatang

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>