8 Sebab Perlu Suka Bawang Putih

oie_GO3lBNJW9T2c

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis makanan yang lazat yang boleh kita nikmati. Disamping hidangan yang enak, kita juga perlu banyakkan memakan makanan yang dapat menyumbang kepada kesihatan diri kita. Walaupun sesetengah bahan di dalam masakan itu kelihatan remeh, ternyata ada yang mempunyai pelbagai lagi manfaat lain, selain hanya menjadi sebagai pelengkap di dalam masakan. Salah satu daripadanya ialah bawang putih.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita memasukkan bawang putih di dalam masakan sebagai salah satu bahan untuk memasak. Tetapi tahukah anda, bawang putih sebenarnya mempunyai pelbagai lagi kebaikan buat diri kita? Walaupun bentuknya yang kurang menarik serta rasanya yang kurang enak, bawang putih sebenarnya merupakan sejenis bahan makanan yang mempunyai kesan penyembuhan yang sangat tinggi.  Bawang putih juga terkenal dengan kemampuannya di dalam mencegah kanser. ;)

 

Antara Khasiat Bawang Putih

garlic-clip-art-6423

1. Penghalang daripada serangan kanser

  • Bawang putih mengandungi dialil sulfida yang memiliki peranan mencegah kanser yang boleh membahayakan kesihatan anda. Bagi perempuan pula, menambahkan bawang putih di dalam pemakanan seharian secara tidak berlebihan dapat mencegah kanser pada payudara.

2. Mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam darah (LDL)

  • Seperti di dalam artikel yang terdahulu, TCM pernah memaklumkan bahawa, kolestrol dapat dibahagikan kepada 2 jenis. Iaitu HDL (kolestrol baik) dan juga LDL (kolestrol jahat). Penambahan kolestrol jahat di dalam darah kita sememangnya mendatangkan kesan yang negatif kepada kesihatan diri kita. Penambahan bawang putih di dalam pemakanan kita ternyata merupakan langkah yang tepat dan terbukti berkesan di dalam mengurangi kadar kolestrol jahat tersebut.

3. Menghindari penyakit kulit

  • Kandungan zat kimia yang bernama ajoene di dalam bawang putih, berkhasiat untuk membasmi pelbagai jangkitan kulat yang menyerang kulit tubuh kita.

4. Pemulihan semulajadi untuk pesakit diabetes

  • Bawang putih mampu untuk mengawal kadar gula di dalam darah untuk pesakit kencing manis. Oleh itu, bawang putih sangat sesuai sekali untuk dijadikan penawar semulajadi bagi mereka yang mengalami penyakit ataupun gejala-gejala diabetes.

5. Bersifat sebagai antivirus dan antibakteria

  • Bawang putih juga mampu untuk melindungi tubuh dengan menghalang pelbagai serangan virus mahupun bakteria yang dapat masuk ke dalam tubuh badan.

6. Mengawal tekanan darah anda

  • Kandungan gas hidrogen sulfida dalam bawang putih bermanfaat untuk melebarkan pembuluh darah serta berperanan besar dalam mengawal tekanan darah seseorang itu.

7. Menghilangkan sakit gigi

  • Secara umumnya, sakit gigi adalah disebabkan oleh bakteria yang terdapat pada gigi seseorang itu. Mempunyai sifat sebagai antivirus dan  antibakteria, bawang putih dapat membunuh bakteria serta menghapuskan punca-punca yang menyebabkan seseorang itu sakit gigi. Selain itu, ia juga mengandungi analgesik yang kuat untuk merawat sakit gigi anda,

8. Meningkatkan metabolisme zat besi

  • Hasil daripada kajian yang terkini menunjukkan bawang putih sangat berkesan di dalam meningkatkan metabolisme zat besi. Zat besi disimpan di dalam sel-sel yang terdapat dalam badan, proses seterusnya adalah pemindahan semula sel-sel ke dalam peredaran badan. Untuk proses tersebut dapat dilakukan, badan memerlukan sejenis protein yang dinamakan ferroportin. Ferroportin adalah protein yang beredar di seluruh sel membran, ia juga menyediakan laluan bagi zat besi untuk melaluinya dan meninggalkan sel. Bawang putih ternyata dapat meningkatkan pengeluaran protein ini, dan seterusnya dapat membantu menjaga peredaran zat besi sesuai dengan keperluan tubuh badan.

 

Cara menambahkan bawang putih di dalam hidangan seharian

TCM pasti, setelah melihat betapa banyaknya kebaikan yang dapat diperoleh daripada bawang putih. Pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana dapat kita tambahkan bawang putih di dalam pemakanan seharian kita kan? :) Jadi, oleh itu, TCM ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan bagi mendapatkan khasiat daripada bawang putih ini.

  1. Kebanyakan masakan memerlukan bawang putih, bagi mendapatkan manfaat  daripadanya. Kita mungkin dapat menambahkan sedikit jumlah bawang putih yang digunakan daripada kebiasaannya di dalam masakan.
  2. Digunakan untuk membuat sambal.
  3. Dihiris halus-halus dan seterusnya dicampurkan dengan kicap.
  4. Digunakan untuk membuat cuka.
  5. Dan yang paling ekstrem ialah, dimakan secara langsung seperti buah epal. :)

Bawng-Putih2

Kesan sampingan pengambilan bawang putih secara berlebihan

  • Kulit – Sekiranya anda menggunakannya untuk kulit, pastikan anda tidak meletakkan bawang putih tersebut terlalu tebal. Ini kerana, dikhuatiri ia akan menyebabkan kesan terbakar pada kulit.
  • Pendarahan – Bawang putih terutamanya yang segar, dapat meningkatkan pendarahan.
  • Kanak-kanak – Minum bawang putih, tidaklah berbahaya. Namun sekiranya diminum dalam dos yang banyak, ia mampu mendatangkan kemudaratan.
  • Masalah pencernaan – Ia dapat menyebabkan iritasi pada saluran gastrointestinal.
  • Kehamilan – Pengambilan bawang putih yang wajar ketika hamil tidaklah mengganggu kehamilan tersebut. Namun sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu mendatangkan bahaya. Walaubagaimanapun, masih belum ada maklumat yang lengkap berkenaan kesan pengambilan bawang putih terhadap kehamilan.

Dengan itu, TCM berharap..di samping kita mendapatkan pelbagai manfaat daripada sesuatu itu. Kita juga hendaklah berwaspada akan kesan sampingannya sekiranya tidak diambil dengan cara yang betul. Serta sentiasalah merujuk kepada pakar kesihatan tentang keadaan kesihatan diri anda. :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>