Tips Kesihatan : 8 Tips Mudah Bangun Pagi

oie_tf98Dcj9833D

Bila sebut je bangun pagi, mesti yang terbayang di kepala kita suasana pagi yang sangat sejuk, tilam dan bantal yang empuk, selimut yang lembut kan? Hehe tcm pasti tak semua, kerana sesetengah orang menganggap bangun pagi itu sangat mudah sekali. Malah ada yang menjadi rutin harian untuk bangun di awal pagi tanpa perlu jam pengera atau ‘alarm’.

Artikel kali ini bertujuan untuk membantu mereka yang susah sekali untuk bangun pagi. Terdapat banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bangun di awal pagi selain daripada udaranya yang sangat segar.

 

8 Tips Mudah Bangun Pagi

1. Minum Air Kosong Sebelum Dan Selepas Tidur

Minum air kosong akan mendorong anda untuk terkencing ketika pagi hari. Ini secara tak langsung akan membantu anda untuk bangun di awal pagi kerana hendak terkecing. Selain itu, minum air kosong selepas bangun tidur juga berfungsi bagi menggantikan cairan tubuh yang hilang supaya anda dapat melakukan aktiviti dengan lebih bersemangat serta mengaktifkan kembali organ yang terdapat di dalam tubuh badan.

 

2. Matikan Televisyen Dan Komputer Pada Waktunya

Televisyen dan internet dapat menghalang kita dari terus tidur ketika berada di katil. Jadi, sebaiknya tetapkan masa yang sesuai untuk matikan televisyen, komputer dan internet sebelum anda masuk tidur.

 

3. Kurangkan Aktiviti Di Malam Hari

Kurangkan aktiviti di malam hari dapat membantu anda untuk bangun awal pagi. Ini kerana, sekiranya malam hari anda tidak sibuk, anda akan lebih mudah untuk bangun pagi. Kurangkan juga aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak atau bermain ‘game’.

 

4. Letakkan Alarm Jauh Dari Tempat Tidur

Alarm yang diletakkan jauh dari tempat tidur akan menyebabkan anda sukar untuk mematikan alarm tersebut. Ini secara tak langsung akan memaksa anda untuk bangun dari tempat tidur dan mengambil alarm tersebut untuk dimatikan. Apabila sudah bangun, pastikan anda tidak tidur semula ye.

 

5. Tetapkan Motivasi Untuk Bangun Pagi

Tetapkan matlamat sebagai motivasi anda untuk bangun pagi. Cari satu alasan atau tujuan kenapa anda perlu bangun pagi. Contohnya ingin pergi kerja awal dan dapat pulang awal, ingin bersenam di awal pagi untuk turunkan berat badan dan sebagainya. Fikirkan alasan yang dapat memotivasikan anda untuk bangun pagi dan tulis semua alasan tersebut. Letakkan berdekatan dengan tempat tidur anda.

 

6. Tidur Lebih Awal

Walaupun terdapat individu yang mampu tidur lewat dan bangun awal, tidur lebih awal di malam hari dapat membantu anda untuk bangun lebih awal. Ini kerana, tidur yang tidak cukup akan membuatkan tubuh badan anda merasa letih dan seterusnya menyukarkan anda untuk bangun pagi.

 

7. Menu Makan Malam Yang Ringan

Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda. Selain memberi kesan negatif pada tubuh badan anda, ia juga menyukarkan anda untuk bangun pagi. Apabila anda makan makanan berat sebelum tidur, sistem pencernaan terpaksa bekerja keras ketika anda tidur. Antara makanan yang disarankan untuk dijadikan makan malam adalah seperti sup, sayur-sayuran rebus dan salad. Selain itu, pastikan juga anda makan sebelum jam 8 malam.

 

8. Tukar Nada Alarm Kepada Lagu Kesukaan

Bunyi alarm sebenarnya mampu mempengaruhi suasana hati ‘mood’ anda. Ini kerana bunyi alarm yang kuat dan tidak menyenangkan hati sebenarnya dapat menjadikan mood anda kurang bersemangat. Jadi, cuba tukarkan nada alarm anda kepada lagu kesukaan anda. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat apabila alarm anda berbunyi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.teknikhidup.com/produktivitas/cara-agar-bisa-bangun-pagi

http://panduanpercuma.info/petua-tips/3419/8-langkah-bangun-pagi-dengan-lebih-mudah/

http://www.arbamedia.com/2015/07/agar-bangun-pagi-setiap-hari.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>