JENIS DARAH DAN KEPERIBADIAN

Golongan  darah ternyata menentukan cara orang berpikir, berucap dan bertindak. Hal ini terutama diyakini oleh orang orang jepun secara lebih terperinci.  Untuk jenis keadaan tertentu jenis golongan darah yang diperlukan akan berbeza dengan keadaan sebaliknya.  Ini kerana menurut keyakinan orang Jepun, tidak semua golongan darah dapat bekerjasama dengan baik bersama dengan golongan darah yang sama.

darah2

 

DARAH A

Orang yang berdarah A biasanya suka bercampur gaul dengan orang yang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun ketika tua kelak,orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala. Seorang yang serius, penyabar, tegas dan dapat dipercayai. Mampu berfikir secara menyeluruh, konsisten dan keras kepala.

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup si darah A.suka melakukan kerja kerja secara berkumpulan dan juga suka melibatkan diri dengan berpersatuan. Si darah A juga bijak bergaul dengan individu sekeliling. Sikap sensitif dan bertimbangrasa yang ada melambangkan keperibadian yang penyayang. Akan tetapi sikap buruk si darah A ini pula agak degil dan terlalu kuat bekerja hingga tidak menghiraukan waktu rehat. Ingat… kesihatan itu penting.

 

DARAH B

Bagi orang yang berdarah B pula, mereka melalui zaman kanak kanak yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis yang suka berterus terang dan satu lagi suka memencilkan diri dan tidak gemar bergaul dengan orang ramai. Jenis darah B ini biasanya berkarekter ingin tahu, memiliki banyak ketarikan di pelbagai bidang. Semangat nya cepat naik dan cepat juga turun.

MUDAH, itu perkataan yang paling tepat untuk si darah B. lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula si darah B adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatau tugasan lebih gemar melaksanakan dengan cara sendiri. Seorang yang kreatif dan fleksibel serta bijak bersosial. Namun adakala sikap yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu mampu mendatangkan masalah buat diri sendiri dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh selesaikan secara bersendirian.

 

DARAH AB

Insan yang berdarah AB pula dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang. Bersikap optimis dan mudah berpuas hati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu ini. Sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada disekeliling  berasa selesa. Juga memiliki sikap humor semua jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada juga perkara yang harus diperbaiki iaitu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda.

Si darah AB biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya. Jiwa sosial yang tinggi. Kekadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu, berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.

 

DARAH O

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

 

darah

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>