CARA MENGHILANGKAN KESAN PARUT DEMAM CAMPAK

Cara menghilangkan parut demam campak

CAMPAK1Rubella atau lebih popular dengan nama demam campak sering terjadi kepada kanak kanak dan remaja. Penyakit ini mudah merebak melalui percakapan, batuk atau bersin. Di Malaysia, semua pelajar sekolah rendah telah disuntik vaksin melalui Program Imunisasi Campak bagi membendung jangkitan penyakit ini daripada terus merebak.

Faktor utama jangkitan  demam campak ini melalui pernafasan yang disebabkan oleh virus RNA (ribonucleic acid) yang mudah berjangkit. Virus ini hidup dalam keadaan yang aktif di dalam hidung dan tekak kanak-kanak serta orang dewasa yang dijangkiti oleh virus ini.

CAMPAKSelepas beberapa minggu dikuarantin kan dan dirawat, demam campak ini akan hilang perlahan lahan, namun parut atau kesan daripada demam panas ini akan terus kelihatan . orang dulu dulu memang banyak cara untuk menghilangkan kesan parut ini. Jom saya kongsikan beberapa petua yang di warisi dari orang terdahulu:-

  • Giling daun semambu sehingga lumat dan tekapkan pada kesan campak tersebut, anda juga boleh rebus daun semambu tersebut dan minum airnya. Daun semambu ini berfungsi untuk menghilangkan rasa rasa gatal pada parut tersebut.daun semambu
  • Campurkan tiga biji jagung muda, satu sudu cuka dan sedikit air. Ambil kain dan bungkus campuran tersebut dan tekapkan pada kesan parut tersebut. Disarankan untuk lakukan sebelum tidur dan apabila bangun keesokan harinya. Bersihkan dengan air bersih. Amalkan setiap hari sehingga kesan parut itu hilang.
  • Ambil kunyit hidup dan asahkan ia pada mana mana bahagian pisau hingga mengeluarkan air. Tadah air tersebut dan sapukan pada kesan parut dan buarkan beberapa jam dan bersihkan dengan air bersih. Amalkan setiap hari

kunyit

  • Ambil beberapa daun cermai dan tumbuk sehingga hancur. Campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada parut. Lakukan setiap hari
  • daun cermaiParut sebiji jagung muda sampai lumat, kemudian lumurkan pada kesan parut. Lakukan sekerap yang boleh.

 

Parut demam campak jika dibiarkan, agak sukar untuk menghilangkan nya. Akan berbekas lah sampai bila bila.

 

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>