Ruam Panas

oie_NNKseXo2BoZo

Ruam adalah suatu keadaan di mana kulit kita mengalami iritasi disebabkan oleh tindak balas sesuatu. Terdapat pelbagai jenis sebab yang boleh menyebabkan ruam. Seperti artikel yang sebelum ini, TCM telah kongsikan info mengenai ruam secara umum dan pada hari ini, TCM akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan salah satu jenis ruam yang dikenali sebagai “Ruam Panas”.

Klik SINI! untuk artikel lain berkenaan “Ruam“. ^^,

Ruam panas adalah sejenis ruam yang disebabkan oleh cuaca yang panas. Pendedahan kepada cuaca atau suhu yang panas secara terus menerus boleh menyebabkan terjadinya ruam ini. Ruam jenis ini banyak terjadi ketika musim panas terutamanya jika kelembapan tinggi. Golongan yang sering mengalami ruam panas adalah dikalangan kanak-kanak dan juga bayi yang baru lahir di dalam incubator.

 

Jenis-Jenis Ruam Panas

oie_4CpFV65VpAsp

  • Merah (Miliaria Rubra)
  • Putih/Kuning (Miliaria Pustulosa)
  • Dalam (Miliaria Profunda)
  • Jernih (Miliaria Kristalina)

 

Secara umumnya, ruam panas terjadi apabila liang peluh dan bulu roma pada permukaan kulit tersumbat. Kelenjar peluh dengan peluh yang terperangkap menyebabkan timbulnya benjolan kecil yang mengandungi air pada kawasan kulit. Disebabkan peluh kita mengandungi garam yang tinggi, ia seterusnya berpotensi menyebabkan iritasi kulit dan juga ruam panas.

 

Gejala Ruam Panas

oie_ikQKkdPPS70Y

  • Sesetengah tempat pada kulit menjadi merah
  • Merasa sangat gatal dan mencucuk-cucuk
  • Tompok-tompok merah kecil yang kelihatan seperti lecuran kecil
  • Biasanya terjadi pada bahagian yang dilindungi pakaian

 

Walaupun ruam panas merupakan perkara biasa yang dialami oleh sesetengah orang. Namun, kita tidaklah boleh mengabaikan sebarang langkah pencegahan dan juga rawatan sekiranya kita mengalami ruam panas. Ini kerana, pada sesetengah kes ianya akan sembuh sendiri setelah beberapa hari dan mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan.

Akan tetapi, sesetengah kes yang lainnya pula, mungkin berlanjutan lebih daripada beberapa hari. Sekiranya masalah ruam panas berlanjutan sehingga lebih daripada 2 atau 3 hari. Seeloknya, dapatkanlah rawatan daripada pakar perubatan agar ianya tidak berlanjutan serta mengelakkan daripada mendatangkan sebarang masalah lain pula pada diri kita di masa hadapan.

 

Langkah Pencegahan

oie_tY1jbytOt6Sx

Berikut di bawah merupakan beberapa langkah pencegahan yang dapat diamalkan bagi mengelakkan daripada berlakunya ruam panas. Antaranya ialah :

  • Memakai pakaian daripada jenis kain kapas serta longgar
  • Elakkan daripada berpeluh secara berlebihan
  • Elakkan daripada memakai pakaian daripada fabrik nylon dan poliester
  • Mereka yang sakit dan sering terlantar di katil, seeloknya dicadangkan untuk turut bergerak-gerak bagi mengelakkan peluh yang berterusan pada tempat yang sama
  • Pastikan bayi anda sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan kering

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>