Penyakit Scleroderma

oie_fHbDAuAgnJon

Apa itu Scleroderma?

Hai semua, yup..tajuk kita hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit luar biasa yang dikenali sebagai scleroderma. Menurut kajian yang telah dijalankan, perempuan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding lelaki dengan skala nisbah perempuan 4 : 1 lelaki. Penyakit ini dikatakan luar biasa kerana tidak ramai doktor yang pakar akan penyakit ini.

Scleroderma secara umumnya dikenali sebagai penyakit autoimun dengan gejala utama seperti pengerasan dan penebalan kulit. Antara kawasan-kawasan yang kebiasaannya diserang oleh penyakit ini ialah muka, tangan dan kaki. Selain itu, organ-organ di dalam tubuh badan seperti sistem pernafasan dan pencernaan juga dapat diserang penyakit ini.

disfagia-ictus-160x160

Pada peringkat awalnya, simptom bagi penyakit ini menyerupai beberapa jenis penyakit “connective tissue disease” yang lain seperti Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis dan lain-lain lagi. Hal ini secara tidak langsung membuatkan diagnosis bagi penyakit ini sangat sukar sekali untuk dilakukan dalam masa yang singkat.

Selain itu, perkara ini juga menyebabkan pesakit yang menghidapinya terpaksa menanggung kesakitan untuk satu tempoh masa yang lama sehinggalah mereka betul-betul telah dikenalpasti menghidapi penyakit ini.

 

Dua Jenis Scleroderma

1. Localized : Dapat dipecahkan kepada dua jenis iaitu “Morphea” dan “Linear”. Scleroderma jenis ini hanya menyerang kulit (kadang-kala tisu di bawah kulit). Akan tetapi ia tidak menyerang lain-lain organ di dalam tubuh badan.

2. Systemic : Jenis yang kedua ini pula dapat menyebabkan “fibrosis” (scar tissue) yang berlaku pada kulit atau organ-organ di dalam tubuh badan. “Fibrosis” akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang tekena serangan tersebut menjadi keras.

Keadaan yang ganjil kesan daripada penyakit inilah yang membuatkan scleroderma lebih dikenali sebagai penyakit yang mengubah manusia menjadi batu.

 

Gejala Scleroderma

1075399784_c.jpg

Mengikut Organ yang Diserang

Usus : Menyebabkan gejala-gejala seperti sembelit, diarhea, sakit ulu hati serta mengalami ketidakmampuan menahan dan mengeluarkan najis pada waktu dan tempat yang tepat.

Ginjal / Paru-Paru / Jantung : Menyebabkan gejala-gejala seperti tekanan darah yang tinggi, mengalami sesak nafas, serta tekanan pada paru-paru.

Esofagus : Menyebabkan gejala-gejala seperti disfagia atau kesukaran untuk menelan sesuatu.

 

Tips-Tips Kesihatan

Berikut merupakan beberapa tips yang dapat anda ikuti di dalam memastikan kesihatan anda terjamin. Selain itu, anda juga dapat memastikan anda menerima rawatan yang sepatutnya sekitanya anda disyaki mengalami penyakit ini. Antara tips-tips tersebut ialah?

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya :

  • Anda mengalami gejala-gejala seperti di atas.
  • Mengalami pembengkakan pada muka, jari, tangan dan kaki
  • Terdapat bintik-bintik merah yang muncul pada tapak tangan, jari, bibir, lidah dan wajah

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>