Kenali Dysthymia

oie_7yjygf8ntpny

Salam sejahtera kepada semua, hari ini tcm akan kongsikan berkenaan dengan suatu keadaan (kemurungan) yang dikenali sebagai dysthymia. Dysthymia adalah kemurungan yang ringan akan tetapi bersifat kronik untuk satu jangka masa yang panjang. Pesakit dysthymia umumnya akan mengalami gangguan di dalam melakukan rutin harian mereka.

Sebagai contoh, pesakit akan sering merasa putus asa dan juga hilang minat terhadap aktiviti harian mereka. Selain daripada itu, pesakit juga akan memiliki harga diri yang sangat rendah sekali serta sentiasa mempunyai perasaan tidak mampu untuk melakukan apa-apa perkara.

 

Gejala-Gejala Dysthymia

Orang Dewasa :

  • Sering merasa sedih
  • Sukar untuk menumpukan perhatian
  • Anti sosial
  • Mengalami gangguan tidur
  • Kurang selera makan
  • Cepat marah
  • Merasa lemah dan kurang bertenaga

Kanak-Kanak :

  • Mempunyai prestasi yang buruk di sekolah
  • Sering merasa rendah diri
  • Mempunyai masalah tingkah laku
  • Mempunyai sikap pesimis
  • Mempunyai kemahiran sosial yang lemah

 

Penyebab Dysthymia

Penyebab kepada dysthymia masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi, menurut hasil kajian yang telah dijalankan, dysthymia berkemungkinan disebabkan oleh perubahan fizikal yang terjadi pada bahagian otak pesakit. Disamping itu, pesakit dysthymia juga lebih sering terjadi kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan penyakit yang sama.

Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan di dalam mendorong kepada terjadinya dysthymia. Contohnya seperti mengalami masalah kewangan atau keluarga, kehilangan orang yang disayangi atau pun mengalami tekanan (stress) yang tinggi.

 

Kesan Buruk Dysthymia

  • Menyebabkan terjadinya masalah di dalam hubungan kekeluargaan
  • Membuatkan penderita mempunyai niat untuk membunuh diri
  • Kualiti hidup menjadi kurang
  • Suka untuk mengasingkan diri dan tidak bergaul dengan orang ramai
  • Mengalami gangguan pemakanan

 

Langkah-Langkah Menanggani Dysthymia

Dysthymia amat sukar sekali untuk dicegah. Ini kerana, dysthymia sering terjadi sewaktu kanak-kanak lagi. Walaupun begitu, berikut dikongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan di dalam menanggani dysthymia daripada mempengaruhi kehidupan anda. Antaranya ialah :

  • Elakkan daripada sering menyendiri, sebaliknya cubalah untuk bergaul dan berkawan
  • Cuba susun rutin harian anda supaya anda tidak sering merasa tertekan
  • Amalkan pola pemakanan dan gaya hidup yang sihat
  • Elakkan daripada membuat sebarang keputusan ketika anda sedang tertekan atau stress
  • Kongsikan masalah yang dialami anda dengan ahli keluarga supaya mereka dapat membantu anda mengatasi masalah anda

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+Dysthymia

http://www.sehatfresh.com/dysthymia/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>