Kenali Jenis-Jenis Asma

oie_GLZw45653ysq

Secara umumnya, apabila disebut berkenaan dengan penyakit asma. Boleh dikatakan hampir semua orang tahu asma adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Antara gejala-gejala asma yang ketara adalah apabila seseorang itu merasa sesak nafas. Asma lebih memburuk apabila penghidap asma berada di tempat atau persekitaran yang sejuk.

Jadi, penghidap asma hendaklah lebih berwaspada apabila berada di dalam keadaan tersebut. Ini kerana, tempat atau persekitaran yang sejuk dapat membuatkan serangan asma lebih teruk dan semakin kerap terjadi. Walaupun asma seringkali disebut-sebut, namun sangat sedikit yang tahu, terdapat pelbagai jenis asma yang perlu diberi perhatian.

oie_K2T2FYERToNm

Jenis-jenis Asma :

  • Asma Alergi - Asma jenis ini adalah disebabkan oleh alergi kepada debu, debunga dan juga hama. Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada asma dari jenis ini. Ianya semakin memburuk apabila mereka melakukan aktiviti seperti bersenam di udara yang sejuk atau terhidu asap. Pemakaian minyak wangi atau cologne secara berlebihan juga boleh mengundang kepada asma ini. Seeloknya, mereka yang dikenalpasti menghidapi asma dari jenis ini, hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitaran agar bebas debu.

 

  • Asma Non-Alergi - Asma daripada jenis ini pula adalah bertentangan dengan asma alergi. ianya tidaklah disebabkan oleh kesan alergi tubuh badan terhadap sesuatu. Akan tetapi, ianya biasa terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti stress, cemas, terlalu kurang atau berlebihan bersenam, virus, asap dll.

 

  • Asma Waktu Malam - Asma jenis ini pula kebiasaannya akan mengganggu waktu tidur seseorang itu. Ini kerana, mereka akan terbangun di tengah malam kerana batuk kering yang berlebihan. Sewaktu mereka ingin tidur, mereka akan merasa sesak nafas pada mulanya dan kemudian akan diiringi oleh batuk kering. Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka merasa lesu pada keesokannya harinya.

 

  • Asma Kerana Pekerjaan - Daripada namanya sahaja kita sudah dapat meneka kan? pasti asma jenis ini disebabkan oleh persekitaran tempat kerja yang berdebu serta dipenuhi dengan bahan kimia. Antara pekerjaan yang berisiko menghidapi asma jenis ini adalah pelukis, pekerja buruh binaan, guru dll.

 

  • Asma Kanak-kanak - Sesuai dengan namanya, asma ini kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak. Ianya terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap sesuatu seperti kulat, protein haiwan dan lain-lain faktor yang mungkin dapat mengundang kepada berlakunya asma.

 

  • Asma Dewasa - Asma ini pula banyak terjadi pada orang dewasa. Biasanya, asma ini  juga disebabkan oleh keadaan persekitaran pekerjaan dan juga alergi bermusim.

 

  • Asma Batuk - Asma jenis ini, agak sukar untuk di diagnosis. Ini kerana, tanda-tandanya terlindung oleh gejala-gejala batuk. Biasanya ia disertai oleh bronkitir ataupun penyakit resdung kronik. Asma jenis ini juga memerlukan ujian laporan kesihatan bagi mendapatkan keputusan yang tepat berkenaan gejala yang ditunjukkan.

 

  • Asma Campuran - Asma jenis ini merupakan campuran daripada faktor luar dan dalam tubuh yang dapat menyebabkan seseorang itu mendapat asma. Asma ini hendaklah dianggap serius serta perlu berwaspada terhadap semua perkara yang dapat menyebabkan seseorang itu mendapat asma. Tidak kiralah dari faktor luaran ataupun dalaman.

 

  • Asma bermusim - Akhir sekali, asma ini terjadi pada musim-musim yang tertentu. Sebagai contoh, ia boleh berlaku sewaktu tumbuhan berbunga. Ini kerana terdapat peningkatan terhadap pengeluaran debunga. Hal ini seterusnya akan mencetuskan berlakunya asma terhadap mereka yang sensitif kepada debunga.

oie_mnGa3xqtu5Jb

Setelah mengetahui terdapat pelbagai jenis asma yang sering menyerang dengan pelbagai sebab yang berbeza-beza. Pasti anda sudah dapat mengenal pasti, anda mempunyai risiko tinggi terhadap serangan asma daripada kategori yang mana kan? :) Jadi, TCM harap, anda dapat lebih berhati-hati terhadap perkara-perkara yang dapat mencetuskan berlakunya serangan asma terhadap diri anda. Bubye ;)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>