KHASIAT DAUN SIRIH DALAM PERUBATAN HARIAN
Sirih merupakan tumbuhan ubat yang banyak kelebihannya. Ia mengandungi zat antiseptik pada seluruh bahagian daun nya. Selalu digunakan untuk mengubati hidung berdarah, mata merah, keputihan, dan banyak lagi. Khasiat daun sirih ini sudah teruji berkesan secara klinikal . sehingga kini kajian tentang daun sirih ini masih terus dijalankan.
Kerana kelebihan yang dimiliki oleh daun sirih, tidak hairan lah kenapa orang dulu dulu kebanyakkan makan sirih setiap hari. (dibuat macam makan gula gula). Daun sirih akan dibalut bersama pinang dan sedikit kapur makan. Dikunyah begitu sahaja. Campuran ini akan menghasilkan rasa yang pedas dan berwarna merah.
Berikut adalah sedikit sebanyak kegunaan daun sirih dalam perubatan tradisional seharian:-
1- Batuk
Sediakan 15 helai daun sirih yang telah dicuci bersih. Rebus daun sirih tersebut sehingga lunyai (biasanya direbus selama 30 minit). Minum bersama madu.
2- Bronkitis
Rebus beberapa helai daun sirih yang telah dicuci bersih bersama beberapa ketul gula batu. Minum tiga kali sehari
3- Menghilangkan bau badan
Rebus daun sirih beberapa helai dan minum seharian.
4- Lecur terbakar
Ambil daun sirih yang telah dibersihkan. Tumbuk daun sehingga hancur. Campurkan bersama madu. Bubuhkan ke tempat yang melecur itu
5- Hidung berdarah
Ambil selembar daun sirih yang bersih dan yang muda, ramaskan sedikit daun sirih itu dan sumbatkan ke dalam lubang hidung.
6- Bisul
Daun sirih yang bersih di tumbuk sehingga halus dan disapu pada sekeliling bisul. Kekerapan 2 kali sehari
7- Mata gatal dan merah
Rebus 5 helai sirih muda sehingga mendidih. Sejuk kan dulu rebusan tersebut sebelum digunakan untuk mencuci mata. Buat 3 kali sehari.
8- Kurap dan Gatal gatal
Rebus sejumlah daun sirih sehingga mendidih, sejuk kan sedikit hingga suam lalu di basuhkan tempat kurap/ gatal gatal tersebut.
9- Menghilangkan bau mulut
Rendamkan daun sirih didalam air panas, berkumur menggunakan air tersebut.
10- Jerawat
Tumbuk halus beberapa helai daun sirih. Tambah sedikit air panas. Gunakan campuran tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 3 kali sehari
11- Keputihan
Rebus 10 helai daun sirih dalam 2.5 liter air. Cuci vagina menggunakan air rebusan tersebut.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
Daun sirih nii kita bleh guna untuk luka b’air ..??
Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan/puan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah tuan/puan. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga tuan/puan cepat sembuh yea. 🙂
http://thetole.org/