GANGGUAN KEBIMBANGAN (Anxiety Disorder)

 

Perbezaan antara kebimbangan dengan gangguan kebimbangan

bimbang1

Kebimbangan adalah emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya. Kita berasa bimbang bila kita mengalami situasi yang menekankan seperti dibuang kerja, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau menjelang peperiksaan.

Gangguan kebimbangan pula berlaku bilamana kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu aktiviti seharian. Gangguan kebimbangan adalah jenis gangguan mental yang paling kerap berlaku.

 Gangguan Kebimbangan Am

Gangguan Kebimbangan Am (GAD) adalah satu tekanan dan kegelisahan kronik yang diperbesarkan walaupun tiada apa yang mencetuskannya. Orang yang mengalami GAD akan sentiasa menunggu berlakunya bencana, gelisah secara berlebihan berkenaan kesihatan, wang, keluarga atau kerja. Mereka susah untuk berehat dan tidak dapat mengenepikan rasa ambil tahu mereka walaupun mereka sedar bahawa kebimbangan mereka tidak rasional. Kesusahan mereka akan diikuti oleh gejala-gejala fizikal terutamanya menggeletar, gerenyetan, ketegangan otot, sakit kepala, meragam, berpeluh atau berasa panas secara tiba-tiba.

Mereka akan berasa seperti hendak pitam atau sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi ke tandas dengan lebih kerap. Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD adalah sederhana dan mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat dalam persekitaran sosial atau semasa bekerja. Bagaimanapun jika ianya teruk, maka GAD boleh melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan aktiviti-aktiviti harian yang mudah sekalipun.

bimbang

Panik

Orang yang mempunyai gangguan panik mempunyai perasaan gerun yang menimpa secara tiba-tiba dan secara berulangan tanpa sebarang amaran. Mereka tidak akan dapat menjangka bila sesuatu serangan akan berlaku dan mungkin akan mengalami satu kebimbangan yang tenat di antara setiap episod/kejadian. Mereka sentiasa khuatir dalam memikirkan bila dan di mana serangan yang seterusnya akan berlaku. Di selang serangan, terdapat satu perasaan khuatir yang sentiasa wujud secara berterusan berkenaan serangan berikut yang boleh datang pada bila-bila masa.

Bila serangan panik melanda, jantung muai berdebar dengan kuat dan pesakit akan berasa lemah, pitam, berpeluh atau rasa gayat. Tangan mereka mungkin berdenyut-denyut sedikit atau rasa kebas dan mereka akan berasa panas atau kesejukan. Ketidakselesaan dada, rasa seolah-olah muka ditekap, satu perasaan tidak realistik, ketakutan terhadap malapetaka yang akan datang atau kehilangan kawalan juga mungkin wujud. Orang yang mengalami gangguan ini benar-benar percaya bahawa beliau sedang diserang penyakit jantung atau strok, menjadi gila atau hampir maut. Walaupun kebanyakan serangan berlanjutan selama beberapa minit, kadang-kala ianya berlanjutan sehingga sepuluh minit. Dalam kes-kes tertentu walaupun yang jarang berlaku, serangan tersebut boleh berlanjutan sepanjang satu jam atau lebih.

Gangguan panik selalunya diikuti oleh keadaan-keadaan seperti kemurungan atau penagihan alkohol, dan akan berkembang menjadi satu fobia. Hidup sesetengah orang akan menjadi begitu tersekat. Mereka akan mengelak sebarang situasi yang boleh membuat mereka tidak berdaya jika satu serangan panik menimpa. Apabila hidup mereka menjadi begitu tersekat oleh gangguan tersebut iaitu yang terjadi kepada satu pertiga daripada orang yang mengalami gangguan panik, keadaan ini dikenali sebagai agorafobia (gerun lapang).

Fobia
fobia

Fobia menimpa dalam beberapa bentuk. Fobia bukan sahaja satu ketakutan yang keterlaluan; ianya adalah ketakutan yang tidak realistik. Jika sumber ketakutan itu mudah dielak, maka rang yang mengalami fobia mungkin berpendapat yang mereka tidak perlu mendapatkan rawatan.

Fobia spesifik merupakan ketakutan terhadap sesuatu objek atau keadaan. Ramai orang mengalami ketakutan spesifik yang tidak rasional dan begitu kuat terhadap barang-barang tertentu atau keadaan. Beberapa contoh yang biasa adalah anjing, tempat-tempat tertutup, ketinggian, eskalator, terowong, air, berterbang di udara dan kecederaan yang melibatkan pendarahan.

Fobia sosial adalah satu ketakutan besar terhadap dimalukan semasa situasi sosial, secara spesifiknya yang memalukan diri sendiri di hadapan orang lain. Kesilapan kecil mungkin akan nampak begitu besar daripada keadaan sebenarnya. Pipi yang tiba- tiba berubah menjadi merah juga nampaknya begitu memalukan dan si penghidap akan berasa seolah-olah semua mata memandang ke arahnya. Atau ketakutannya mungkin lebih spesifik, contohnya seperti berasa bimbang bila perlu memberi ucapan, semasa bercakap dengan bos atau dengan seorang yang berkuasa, atau semasa ‘dating’. Fobia sosial menjejas hidup biasa dan mengganggu perhubungan sosial atau kerjaya.

Agrofobia, yang selalunya menuruti gangguan panik, merupakan satu ketakutan terhadap dirinya berada dalam sebarang keadaan yang mungkin mencetuskan serangan panik, atau satu keadaan di mana beliau susah melepaskan diri sekiranya berlaku serangan tersebut. Mereka yang mengalami agrofobia akan takut untuk berkunjung jauh dari rumah atau untuk memasuki ruang-ruang terbatas seperti keretapi, lif, kapalterbang kerana begitu takut akan mendapati satu serangan panik dan tidak dapat melarikan diri dengan segera atau mendapatkan bantuan.

Gejala-gejala kebimbangan

1. Psikologi

  • Perasaan gugup/gementar
  • Fikiran yang merungsingkan
  • Keresahan
  • Peka kepada bunyi
  • Rasa tidak selesa
  • Daya tumpu yang lemah
  • Meragam/cepat marah

 2. Fizikal

  • Pening
  • Degupan jantung yang kuat
  • Sakit kepala
  • Gangguan usus
  • Sengal otot
  • Ketakcernaan
  • Kesusahan bernafas/terketar-ketar
  • Kencing secara kerap
  • Keadaan sejuk dan panas secara mendadak
  • Ketidakselesaan gaster
  • Najis cair
  • Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada

3. Gangguan tidur

  • Insomnia
  • Mimpi buruk

Gejala ini selalunya di salah takrif oleh orang-orang yang bimbang sebagai bukti adanya penyakit fizikal yang serius seperti penyakit jantung atau barah, yang seterusnya menyebabkan kebimbangan untuk bertambah lagi. Perbezaan di antara kebimbangan biasa dan gangguan kebimbangan adalah semasa berlakunya ketegangan yang besar sedangkan pada hakikatnya tiada bahaya pun, atau bilamana langkah berjaga-jaga yang keterlaluan diambil untuk mengelakkan sumber kebimbangan tersebut.

Apakah sebab sebab gangguan kebimbangan (Anxiety Disorder)

Peristiwa hidup yang menekan boleh mencetus gangguan kebimbangan. Kebimbangan akan hilang selepas puncanya disingkirkan akan tetapi akan berlarutan untuk tempoh masa yang agak lama. Kebarangkalian untuk mendapat gangguan kebimbangan adalah lebih besar sekiranya salah seoarang daripada ibubapa atau adik beradik lain mempunyai keadaan tersebut. Oleh itu pembentukan genetic dan pengalaman hidup akan menentukan sama ada akan menghidapi gangguan kebimbangan. Faktor alam sekitar juga memain peranan. Baiasanya agak sukar untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan kebimbangan.

Rawatan yang sesuai untuk gangguan kebimbangan

1-       Bercakap mengenai masalah tersebut

2-       Belajar berehat

3-       Psikoterapi

4-       Perubatan

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>