Petua Meredakan Sakit Ulser Mulut

hye :)

sebelum nie saya pernah menulis tentang sakit ulser mulut .. sila klik –> SAKIT ULSER MULUT

okey kali nie saya nak berkongsi pula beberapa tips dan cara untuk Meredakan Sakit Ulser Mulut pula..

bagi saya info yang bagus harus dikongsi untuk semua.. semoaga ianya dapat m,anfaat untuk kita semua..

kengkawan mana yang tidak tahu apakah ulser ialah  merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan berikut:

• Stres
• Perubahan hormon
• Jangkitan
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Rawatan radiasi
• Rawatan kemoterapi

Ia sering dihubungkaitkan dengan:

• Rasa membakar di dalam mulut
• Kesakitan
• Ketidakselesaan yang berpanjangan
• Hilang selera makan
• Demam

Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3 – 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 – 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Cuba petua ini untuk menghilangkan rasa sakit ulser mulut:

a. Berkumur dengan bahan kumuran antiseptic atau air garam.
b. Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
c. Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
d. Makan makanan yang lembut.
e. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
f. Minum air secukupnya.
g. Banyak minum air suam.
h. Berehat dan tidur dengan cukup.
i. Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
j. Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C.
k. Daun buah Nangka dibakar bersama jagung dan tempurung kelapa sampai hangus. Abunya dicampur dengan minyak dan disapu pada ulser dan luka.

semoga ianya bermanfaat untuk kita semua..!!

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>