Kecederaan Hamstring

oie_fHZOvptTosI8

Selamat pagi semua, hari ini kita akan membincangkan berkenaan dengan sejenis kecederaan yang dialami apabila otot kita digunakan secara maksimum sehingga pada suatu tahap, otot tersebut mengalami kecederaan. Kecederaan tersebut dikenali dengan panggilan “Kecederaan Hamstring” atau juga disebut kekejangan otot. Kecederaan ini sering dialami oleh ahli sukan.

Kecederaan ini memang sudah sebati dengan mereka yang bersukan terutama sekali sukan yang melibatkan berlari dan berhenti dengan secara tiba-tiba. Contohnya seperti sukan bola sepak, rugbi dan banyak lagi. Walaupun ia adalah perkara biasa yang sering terjadi pada atlet-atlet dari masa ke semasa, hamstring tetap perlu diatasi dengan cara yang betul bagi mengelak kecederaan lebih serius.

 

Selain ahli sukan, mereka yang kerja dengan menggunakan tenaga yang banyak juga berpotensi mengalami hamstring. Contohnya ialah mereka yang bertani dan juga yang membuat bendang. Ok, jom kita tengok dengan lebih mendalam apa itu hamstring sebenarnya? Hamstring berasal dari gabungan dua patah perkataan “hamm”  perkataan inggeris lama yang merujuk kepada paha.

Dan “string”, merujuk kepada tendon atau otot yang terletak dibelakang paha. Fungsi otot hamstring sangat penting di dalam membantu pergerakan atas kaki di dalam melakukan aktiviti seperti duduk, berdiri, melompat, berjalan, berlari, memanjat dan sebagainya. Apabila otot hamstring mengalami sebarang kecederaan, ia akan membuatkan segala aktiviti yang disebutkan tadi menjadi terbatas.

 

 Penyebab Hamstring

Kecederaan hamstring dapat terjadi apabila otot-otot pada bahagian belakang paha tertarik melebihi daripada kemampuannya. Ianya terjadi sekiranya seseorang itu melakukan gerakan pantas seperti berlari, melompat atau menendang secara tiba-tiba. Gerakan perlahan yang memaksa otot belakang paha secara berlebihan juga dapat menyebabkan hamstring.

 

Gejala-Gejala Hamstring

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Mengalami kesakitan dibelakang paha secara tiba-tiba
  • Mengalami pembengkakan
  • Sakit ketika membengkokkan lutut melebihi 30°-40°
  • Sakit ketika ingin meluruskan lutut
  • Tidak mampu berjalan jauh tanpa rasa sakit
  • Otot kaki menjadi lemah
  • Kaki yang cedera tidak dapat menampung sebarang beban

 

Tips Buat Pesakit

Antara tips yang dapat diamalkan mereka yang mengalami kecederaan hamstring ringan dan sederhana ialah dengan berehat serta mengurangkan pergerakan dan menuam ais pada otot hamstring mereka setiap 3-4 jam. Teknik ini dapat diamalkan selama 3 atau 4 hari sehingga kesakitan yang dialami hilang. Sekiranya kesakitan tidak hilang, pil penahan sakit atau krim analgesic perlu digunakan.

Walau begitu, pesakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu agar tidak berlaku sebarang kesilapan ketika mengamalkan sebarang tips-tips kesihatan yang tertentu. Bagi pesakit yang sudah beransur sembuh pula tidak digalakkan bagi melakukan sebarang aktiviti lasak setelah itu. Mereka disarankan bagi mengamalkan beberapa senaman ringan terlebih dahulu.

Bagi mereka yang mengalami kecederaan hamstring yang serius pula seperti melibatkan bahagian otot yang terkoyak. Mereka mungkin memerlukan rawatan seperti pembedahan. Oleh kerana kecederaan hamstring mempunyai risiko untuk berulang, kita hendaklah mengetahui langkah-langkah yang betul bagi mencegahnya daripada berulang semula atau mencegahnya sama sekali.

 

Langkah Menghadapi Hamstring

baseball-medic-carrying-injured-hi

  • Gunakan ais sebagai terapi
  • Berehat daripada melakukan sebarang aktiviti lasak
  • Letakkan posisi kaki lebih tinggi dengan alas seperti bantal ketika baring atau duduk
  • Balut kaki dengan bandage bagi mengurangkan bengkak

 

Langkah Pencegahan

  • Pastikan anda melakukan “warming-up” dengan betul sebelum bersukan
  • Amalkan senaman yang dapat menguatkan otot paha seperti berjogging
  • Tidak terlalu memaksa otot kaki didalam melakukan sebarang aktiviti
  • Minum air kosong secukupnya bagi mengurangkan risiko kecederaan otot

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>