Penyakit Urticaria

oie_slaoinswcgti

Hai semua, artikel kesihatan yang akan dikongsikan pada hari ini ialah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Urticaria”. Urticaria adalah sejenis penyakit yang menyebabkan terjadinya ruam kemerahan yang muncul secara tiba-tiba pada kulit seseorang itu. Ruam kemerahan tersebut dapat muncul dalam pelbagai bentuk dan juga saiz.

Selain itu, penderita yang mengalaminya akan turut merasa gatal-gatal pada bahagian ruam tersebut. Wanita memiliki risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit ini berbanding lelaki.

 

Gejala-Gejala Urticaria

  • Mengalami pembengkakan pada kulit
  • Timbul ruam merah yang gatal pada kulit terutamanya pada kaki atau tangan
  • Mengalami perubahan warna kulit
  • Kulit terasa pedih
  • Kulit terasa gatal dan panas

 

Penyebab Penyakit Urticaria

Penyebab utama kepada penyakit ini masih belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, ramai pakar perubatan yang berpendapat bahawa penyebab umum penyakit urticaria adalah disebabkan oleh zat kimia yang dikenali sebagai histamin. Zat kimia tersebut merupakan tindak balas yang dihasilkan oleh tubuh badan apabila seseorang itu mengalami alahan yang tertentu.

Berikut dikongsikan juga beberapa faktor yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami urticaria. Antaranya ialah :

  • Demam yang disebabkan oleh virus atau bakteria
  • Alahan terhadap ubat-ubatan termasuklah antibiotik, ubat demam atau juga ubat tahan sakit
  • Mengalami kesejukan yang melampau
  • Alahan terhadap makanan yang dimakan seperti kacang, telur atau kerang
  • Terdedah kepada racun atau gigitan serangga
  • Terdedah kepada sinar ultraviolet

 

Faktor Pendorong Urticaria

  • Memakai pakaian atau kasut yang terlalu ketat
  • Mempunyai aliran darah yang lemah
  • Kawasan persekitaran dengan tahap kelembapan yang tinggi dan sejuk
  • Menghidapi penyakit raynaud
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan

 

Kesan Penyakit Urticaria

Penyakit urticaria dapat mendatangkan kesan yang berbahaya kepada penderita sekiranya tidak segera diubati. Kulit penderita urticaria mampu untuk melecet. Apabila kulit penderita melecet, mereka berpotensi untuk mengalami bisul dan juga mendapat jangkitan. Perkara tersebut seterusnya membuatkan pesakit merasa sangat sakit sekali.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=penyakit+kaligata

https://www.docdoc.com/id/info/condition/urtikaria

http://www.sehatfresh.com/kaligata/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>