GULA GULA GETAH (CHEWING GUM)

Kesan gula gula getah pada memori jangka pendek anda.

gula

Kita mesti mengetahui bahawa mengunyah gula gula getah akan mempengaruhi memori jangka pendek seseorang. Cuba elakkan makan gula gula getah walaupun memberi alasan boleh menghilangkan stress. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Quarterly Journal of Experimental Psychology menunjukkan makan gula gula getah boleh  merosakkan memori jangka pendek.

gula1

Penyelidik dari  Cardiff University di UK meminta 40 mahasiswa untuk menghafal urutan huruf secara rawak – contohnya  J,O,P,T,H,G,T. sambil mengunyah gula gula getah. Satu kumpulan kedua kemudian diminta buat perkara yang sama tapi hanya mengunyah secara semulajadi. Pada ujian ketiga peserta diminta mencari huruf yang hilang dalam susunan rawak sambil menguyah gula gula getah

Hasil kajian mendapati, makan gula gula getah disemua situasi menyebabkan gangguan memori jangka pendek semua peserta. Penemuan yang sama juga berlaku semasa gula gula getah digantikan dengan mengigit jari. Namun para penyelidik memperingatkan bahawa gula gula dengan rasa tertentu boleh dapat menghapuskan  kesan negetif gangguan memori.

gula2

Kajian lain menunjukkan mengunyah gula gula getah boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori sepanjang hari. Perkara ini dikuatkan lagi dengan penemuan gula gula getah yang mampu membantu pesakit yang dibedah akibat gangguan penghadaman pulih lebih cepat.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

Sihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>