Masalah Somniloquy (Mengigau)

oie_SFRRiA7iFcke

Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan suatu keadaan yang dikenali sebagai somniloquy. Tcm pasti anda semua mesti jarang dengar akan istilah tersebut kan. Istilah ini sebenarnya merupakan istilah medik yang digunakan bagi menggambarkan gangguan tidur yang dialami oleh seseorang itu. Somniloquy juga lebih sering dikenali sebagai ‘mengigau’.

Tcm pasti, semua orang tahu apa itu mengigau. Antara contoh seseorang yang mengigau adalah seperti bercakap di dalam tidur, berjalan sambil tidur dan anggota badan yang bergerak secara berkala semasa tidur. Pernah tak anda rasa untuk tahu lebih lanjut mengenai keadaan ini? Jom tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan mengigau.

 

Penyebab Mengigau

Menurut kajian yang dijalankan, mengigau dapat disebabkan oleh faktor-faktor fizikal dan juga psikologi. Antaranya adalah seperti stress, kurang tidur, mengantuk berlebihan, minum minuman beralkohol, demam, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu dan gangguan kesihatan mental. Pakar psikologi tidur (sleep psychologist) juga yakin fenomena mengigau ini terjadi ketika saat seseorang itu sedang berpindah fasa tidur mereka.

 

5 Fasa Tidur

Ketika kita tidur, terdapat beberapa fasa yang akan kita lalui. Bermula daripada setengah sedar sehinggalah kita tidur sepenuhnya. Pakar psikologi tidur yakin ketika perubahan fasa itulah kita sebenarnya mengigau.

Fasa 1 dan 2

Bermula apabila kita mula tidur akan tetapi masih lagi belum memasuki ‘deep sleep’.

Fasa 3 dan 4

Bermula apabila anda mula memasuki fasa ‘deep sleep’. Pada ketika ini, pernafasan dan denyutan nadi kita akan menjadi perlahan dan badan kita tidak bergerak.

Fasa 5

Ketika ini otak kita akan aktif dan kita pun akan mula bermimpi. Selain itu, mata kita juga akan bergerak di bawah kelopak mata dan dikenali sebagai RAPID EYE MOVEMENT (REM).

 

Kesimpulannya

Mengigau juga turut dikaitkan dengan fenomena ‘motor breakthrough’. Keadaan ini terjadi apabila ketika badan kita sedang berehat, anggota badan akan menghasilkan isyarat yang mengaktifkan kotak suara dan seterusnya menyebabkan mengigau. Mengigau atau somniloquy sebenarnya merupakan fenomena tidur yang umum dan tidak dianggap sebagai masalah kesihatan.

Akan tetapi, sekiranya keadaan tersebut berlanjutan sehingga dapat mengganggu orang disekitar anda, segeralah untuk berjumpa dengan doktor bagi membincangkan masalah yang dialami anda.

 

Tips Atasi Mengigau

Elakkan daripada pengambilan sebarang minuman yang beralkohol atau berkafein. Cari dan lakukan aktiviti yang dapat membantu anda menghadapi stress dengan lebih baik seperti yoga atau bermeditasi. Melakukan rutin senaman dengan teratur juga dapat membantu. Selain itu, pastikan juga anda menjaga waktu tidur anda sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.sajakongsi.com/kenapa-ada-orang-tidur-boleh-mengigau-dan-bercakap/

https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/penyebab-mengigau-dan-cara-mengatasinya/

xnews-hawkson-blogmisteri.blogspot.my/2011/11/mengenal-lebih-jauh-fenomena-somniloquy.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>