Penyakit Hematuria

www.mattrockphotography.com - 07970 668592-01322 341583

Hai semua, tcm nak ucapkan Selamat menyambut Deepavali kepada semua yang beragama Hindu, disamping gembira bersama ahli keluarga, jangan lupa juga akan kesihatan diri yea. Okay, hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Penyakit Hematuria”. Penyakit Hematuria adalah suatu keadaan di mana terdapat darah di dalam urine (air kencing) seseorang itu.

Urine yang normal tidak akan mengandungi walau sedikit pun darah, selain daripada wanita yang sedang mengalami menstruasi.

 

Gejala-Gejala Hematuria

  • Rasa sakit pada bahagian punggung bawah
  • Warna urine yang berubah kepada merah muda, kemerahan kerana mengandungi sel darah merah
  • Merasa sakit ketika membuang air kecil
  • Rasa sakit pada bahagian perut bawah
  • Sukar untung buang air kecil
  • Kekerapan untuk membuang air kecil semakin meningkat

 

Walaupun gejala-gejala yang berpotensi dialami pesakit hematuria agak menakutkan, namun ianya jarang menjadi petanda kepada keadaan yang dapat membahayakan nyawa anda. Akan tetapi, anda juga tidaklah boleh memandang remeh akan masalah ini. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Bagi sesetengah kes hematuria, pesakit tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam urine mereka melalui mata kasar. Ini kerana, darah yang terdapat di dalam urine tersebut hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Hematuria ini dikenali sebagai hematuria mikroskopik.

 

Penyebab Hematuria

Hematuria dapat disebabkan oleh pelbagai jenis faktor. Berikut disenaraikan beberapa faktor umum yang sering menjadi faktor penyebab kepada seseorang itu mengalami hematuria. Antaranya ialah :

  • Jangkitan virus
  • Keradangan pada ginjal, pundi kencing, uretra atau prostat
  • Senaman yang berlebihan
  • Menstruasi
  • Mengalami kecederaan
  • Jangkitan pada saluran kencing
  • Penyumbatan darah pada saluran kencing

 

Hematuria dapat dikategorikan kepada dua jenis utama. Jenis yang pertama telah tcm jelaskan di atas iaitu hematuria mikroskopik. Jenis yang kedua pula dikenali sebagai hematuria gross. Jenis ini dapat dikenali apabila seseorang itu ternampak darah di dalam urine mereka hanya dengan menggunakan mata kasar. Pesakit biasanya akan terus menyedari keadaan tersebut berbanding jenis yang pertama.

 

Tips Pencegahan Hematuria

  • Berhenti dan elakkan daripada terdedah kepada asap rokok bagi mengurangkan risiko kanser buah pinggang dan kanser pundi kencing
  • Bersenam pada waktu lapang dapat menjadikan anda lebih cergas dan aktif
  • Minum banyak air kosong bagi mengelakkan jangkitan saluran kencing dan juga batu karang
  • Makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh badan anda lebih sihat dan tidak mudah untuk dijangkiti virus

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.docdoc.com/id/info/condition/hematuria

http://www.alodokter.com/hematuria

http://mediskus.com/hematuria

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>