Penjagaan Jantung Dalam Kehidupan Seharian

Hye kengkawan..

Okey kali nie saya ingin post entri berkaitan dengan penjagaan jantung dalam kehidupan seharian kita.

Ya,semua orang tahu bahawa jantung adalah organ yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian awal harus diberikan terhadap jantung kita.

Jika kita lihat didada-dada akhbar dan media massa sekarang kadar peratusan serangan penyakit jantung sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan akan menyebabkan kematian mengejut terutamanya di negara-negara membangun seperti negara kita Malaysia. Makk aihhh…tatokknyerrr…!! :-( :-( :-( :-( :-(

Rilex kengkawan jangan gelabah dulu, serangan ini bukan tidak boleh dielakkan, cumanya kita semua perlulah menjaga jantung kita bermula dari sekarang.

Ha bagaimanakah caranya kengkawan?

Okeyla kat sini saya sediakan beberapa cara dan tips untuk dikongsi bersama bagaimana untuk memastikan jantung kita sentiasa sihat dan kuat.

Pertama sekali, pengawalan berat badan harus diambilkira. Kerana kebiasaanya peratus serangan penyakit ini adalah terhadap mereka yang mengalami obesiti terlampau. Keadaan ini disebabkan kadar pengambilan makanan berlebihan dalam menu seharian.  Umumnya mereka memiliki berat badan yang berlebihan dan tidak bergiat aktif akan menyebabkan kalori dalam makanan yang dihadam tidak digunakan sepenuhnya. Oleh sebab yang demikian, kalori tersebut akan menjadi lemak tepu dan akan berkumpul  di sekitar perut, paha, dqn sebagainya dan tidak ketinggalan juga terhadap jantung kita. Keadaan ini secara tidak langsungnya akan menyebabkan jantung kita tersumbat dan seterusnya akan menyebabkan serangan jantung berlaku….. aaaaaaaaaaoouchhh..!! ngerinya…:-(

Okey selain itu kengkawan sume, tabiat merokok juga akan menyebabkan serangan jantung, keadaan ini disebabkan sirkulasi darah akan menyempitkan pembuluh darah arteri. Oleh karena itu, perokok 10 kali lebih berpeluang terkena penyakit pembuluh darah,dan serangan jantung berbanding dengan bukan perokok..

ermm.. jom mulai sekarang kepada PEROKOK TEGAR sekalian berhentilah merokok…ingatlah ”setiap sedutan membawa padah .!!”

Bagi menghindarkan serangan jantung juga kengkawan.. amalan gaya hidup sihat seperti kerap melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu seperti mengayuh basikal, berlari, berjoging, bermain bolasepak dan sebagainya. Aktiviti senaman ini secara tidak langsungnya akan membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan selain dengan bersenam secara teratur juga turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup juga harus diambil kira dan diubah. Ianya meliputi cara pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya . Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sihat dan kuat.

Jom bersama-sama kita mengamalkan tips-tips diatas untuk menghindari serangan jantung yang berlaku. Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan mulai sekarang..!!

Ingat kengkawan. “Menghindari lebih baik daripada mengubati..!!”

Adiooooss.. :)

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>