Penyakit Alzheimer

Hye :)

Kengkawan korang pernah dengar tak tentang penyakit Alzheimer? Sebutannya adalah alz-zhai-me. Ianya merupakan sejenis penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif dan bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit ini akan menyebabkan keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan penghidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Tetapi korang jangan silap ianya bukan `nyanyuk’ yang disebabkan oleh proses penuaan kengkawan ya. Ianya lebih kepada sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian. Pesakit Alzheimer akan hilang keupayaan untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.

aaaaiiiipppp kengkawan penyakit Alzheimer ini juga seperti penyakit demensi dari segi kesan dan masalahnya tetapi ianya berlain dari segi punca atau sebabnya.. sila rujuk kembali mengenai PENYAKIT DEMENSIA.

Antara simptom lain alzheimer ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mampu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.

Individu yang berisiko menghidap penyakit Alzheimer ini adalah mereka yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas berpotensi untuk menghadapinya selain penghidap penyakit kencing manis diabetes. Kurang melakukan senaman dan Paras kolesterol seseorang yang tinggi juga akan mengakibatkan penyakit ini terjadi. Faktor keturunan juga diambilkira kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.

 

Tanda-tanda lain penyakit Alzheimer

  • Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya.
  • Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.
  • Pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit “36 jam” sehari.
  • Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah kerana mereka akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.
  • Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.
  • Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

 

Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami simptom berkaitan penyakit alzheimer ini. Semua masalah ini boleh disembuhkan dengan cepat jika rawatan dilakukan dengan segera tetapi apabila datang terlalu lewat ianya hanya boleh mengurangkan jumlah penyakit dan mampu menghalang ianya daripada semakin buruk. Mereka yang telah mengalami kemalangan dan hilang ingatan boleh dipulihkan dengan cepat dengan rawatan Neuro akupuntur.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>