Apakah Perbezaan Antara Serangan Sakit Jantung dan Serangan Stroke

Hye hello..

pe habaq..Semoga kengkawan sume sihat dan gembira selalu la ek..

Entri kali nie saya hendak paparkan tentang perbezaan atara serangan jantung dan serangan strok. Bukan ape, sbelum nie ramai  kawan- kawan saya yang masih keliru apakah perbezaan di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke nie. Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.

Sebenarnya, tidak Sekali kawan!! Sungguh pun sakit jantung dan serangan stroke berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah. Tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza..!!..ya saya ulangi berbeza..!!

Jom ajak abang, adik, kakak, nenek, sepupu, sepapat bace sekali..  bukankah berkongsi ilmu tue sangat baik kengkawan kan… weeeee~

Serangan Sakit Jantung

Okey kengkawan, bagi serangan sakit jantung  adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.

Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.

Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.

 

 

Serangan Strok

Bagi serangan strok pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.

Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.

Okey kengkawan.. sekarang anda mesti dah boleh bezakan antara  serangan jantung dan strok ya. Lepas nie kalau orang duk tanye jawab jer dengan yakin dan lancar ape perbezaan tersebut… lepas tu kalau depa duk tanya daripada mana tahu nie.. hang tanpa segan silu cakap jer duk cedok informasi dari blog nie..okey tak cmtue kengkawan? Hahaha..:)

Papai..

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>