Alahan Telur

oie_q0ad8ryjzcdg

Salam rabu semua. Telur merupakan sejenis makanan yang kaya akan protein yang sangat baik bagi tumbesaran kanak-kanak. Boleh dikatakan, hampir setiap orang suka sekiranya telur dimasukkan ke dalam hidangan atau makanan mereka. Kenapa tiba-tiba kita cerita tentang telur ni yea? Ini disebabkan kerana, di dalam kita menikmati kesedapan dan khasiat yang diperoleh daripada telur…

Terdapat juga individu yang tidak dapat menikmatinya sama seperti kita. Huh? Mesti anda tertanya-tanya bukan? Individu tersebut adalah mereka yang mempunyai masalah “alahan telur”.

 

Alahan telur dapat muncul sejak seseorang itu masih bayi lagi dan kebiasaannya akan menghilang sebelum mereka mencapai usia remaja. Alahan terhadap putih telur merupakan antara yang paling banyak ditemui bagi kes alahan telur berbanding kuning telur.

 

Gejala-Gejala Alahan Telur

Gejala-gejala umum yang berpotensi dialami oleh pesakit alahan telur adalah seperti :

  • Mengalami gatal-gatal
  • Mengalami keradangan atau ruam pada kulit
  • Mual serta muntah-muntah
  • Sakit perut (diarrhea)
  • Sukar untuk bernafas
  • Batuk dan sakit pada bahagian dada

 

Faktor Penyebab Alahan Telur

Penyebab kepada alahan telur adalah kerana sistem imun tubuh badan mengenalpasti protein telur yang tertentu sebagai suatu zat yang berbahaya. Oleh sebab itu, setelah individu yang mempunyai masalah alahan telur memakan telur, sel-sel antibodi akan memberi isyarat kepada sistem imun untuk melepaskan histamin dan zat kimia lain hingga membuatkan pesakit mengalami gejala seperti di atas.

Alahan yang dialami dapat berasal daripada protein yang terdapat pada kuning atau putih telur sahaja. Walau begitu, terdapat juga individu yang mengalami alahan daripada kedua-duanya. Orang dewasa umumnya mengalami alahan daripada kuning telur.

 

Faktor Risiko Alahan Telur

Antara faktor risiko yang mendorong kepada alahan telur ialah :

  • Keturunan : Anda lebih berisiko menghidapi alahan telur sekiranya kedua-dua ibu bapa anda menghidapi asma, alahan terhadap makanan atau lain-lain alahan
  • Umur : Golongan yang paling berisiko tinggi adalah kanak-kanak. Ini kerana, semakin anda meningkat usia, sistem pencernaan anda juga akan menjadi lebih baik dan matang
  • Dermatitis atopik : Individu yang mengalami alahan kulit mempunyai risiko lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengalami sebarang alahan kulit

 

Kesan Buruk Alahan Telur

Seseorang yang mengalami alahan telur dan tidak berusaha untuk mengubatinya akan mendorong tindakbalas yang ringan menjadi semakin serius. Antaranya seperti kulit akan menjadi terdedah kepada alahan kulit seperti dermatitis atopik. Selain itu, penderita juga berpotensi mengalami alahan terhadap makanan lain seperti kacang dan susu.

 

Langkah Pencegahan Alahan Telur

Antara langkah-langkah pencegahannya adalah seperti berikut :

  • Elakkan memakan telur dengan mengetahui kandungan makanan anda
  • Maklumkan pada ahli keluarga dan orang lain berkenaan masalah anda
  • Memakai gelang tanda masalah alahan telur
  • Elakkan ibu hamil daripada makan telur sekiranya bayi mengalami alahan telur

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=alergik+telur

http://www.alodokter.com/alergi-telur

http://www.sehatfresh.com/alergi-telur/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>