Tips Kesihatan : 7 Tips Atasi Sakit Tumit

oie_E0SFkaXzGOGu

Kaki merupakan salah satu anggota badan yang sering kita gunakan. Sekiranya kaki kita mempunyai masalah atau pun sakit, ia pasti mendatangkan pelbagai masalah kepada aktiviti harian kita. Untuk artikel kali ini, tcm nak fokuskan pada masalah sakit tumit yang sering dialami oleh sesetengah orang. Walaupun kita hanya sakit pada bahagian tumit, ia tetap menyebabkan kita sukar untuk berjalan seperti biasa.

 

Penyebab Sakit Tumit

Sakit tumit dapat disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya seperti tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit. Otot hamstring yang lemah dan sendi lutut yang terlalu kebelakang menjadi punca mengapa tumit anda terpaksa menampung tekanan yang berlebihan.

 

7 Tips Atasi Sakit Tumit

1. Rendam kaki

Tips rendamkan kaki sangat efektif bagi melegakan tekanan pada tapak kaki. Caranya ialah sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif untuk mewangikan kaki). Rendam selama 1/2 (setengah) jam. Kaki anda seterusnya akan merasa lebih relaks.

 

2. Pilih Jenis Kasut Yang Sesuai

Apabila membeli kasut, kita sering mementingkan design dan untuk kelihatan cantik sahaja kan? Tahu tak anda, kasut juga harus dipilih berdasarkan keselesaan kaki anda. Ini kerana, pilihan kasut yang tidak betul seperti tapak yang terlalu nipis tidak akan memberi sokongan yang baik pada tapak dan tumit kaki anda.

 

3. Pemakanan Sihat

Amalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat. Selain itu, tambahkan juga kalsium di dalam diet harian anda. Ini bagi membantu memampatkan tulang yang berlebihan dan secara tak langsung mencegah masalah sakit tumit.

 

4. Berikan Haba Pada Tumit Kaki

Sekiranya anda bekerja di dalam keadaan persekitaran suhu yang sejuk, seperti di dalam pejabat. Anda disarankan untuk memakai sarung kaki bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak dan tumit kaki. Hal ini disebabkan kerana suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki anda. Jadi, pastikan anda tidak lupa memakai sarung kaki ok.

 

5. Ubah Cara Berjalan

Mungkin ada diantara kita yang berjalan dengan cara yang salah. Perkara ini secara tak langsung menyebabkan mereka merasa sakit tumit. Mulakan menapak dengan hujung tapak kaki terlebih dahulu dan bukannya dengan menggunakan tumit kaki dahulu.

 

6. Pilih Aktiviti Bersenam Yang Sesuai

Aktiviti bersenam memang sangat baik untuk tubuh badan kita. Walaupun begitu, sekiranya anda seorang yang mudah untuk sakit pada bahagian tumit, anda hendaklah mengurangkan aktiviti bersenam yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti jogging atau berlari.

 

7. Tips Senaman Tapak Kaki

Berikut tcm senaraikan langkah-langkah senaman regangan tapak kaki yang dapat diamalkan bagi meredakan sakit tumit.

  •  Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki anda di atas lutut yang lain
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda merasa tegangan yang selesa
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 3o saat
  • Ulang latihan senaman ini sebanyak 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana tanpa rasa sakit

Anda turut disarankan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum dan selepas anda bangun dari tidur. Ini supaya otot anda tidak terkejut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=tips+ubati+sakit+tumit

https://vitaminibu.com/cara-hilangkan-sakit-tumit-tanpa-ubat-semulajadi-selamat/

http://norfaziela.com/cara-atasi-sakit-tumit-dengan-cepat/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>