Penyakit Herpes

oie_LnSjrz71VGDL

Salam sihat buat semua pembaca. Penyakit yang dikongsikan pada hari ini dikenali dengan nama Penyakit Herpes. Macam mana la agaknya penyakit herpes ni yea? Ok, Penyakit herpes atau kadang kala disebut sebagai penyakit cacar air merupakan sejenis penyakit radang kulit yang ditandai dengan pembentukan gelembung-gelembung yang berisi air secara berkelompok.

Penyakit herpes disebarkan melalui sejenis virus yang dikenali sebagai virus varicella-zoster yang pada permulaannya dimulai dengan penyakit cacar air. Setelah seseorang itu diserang penyakit cacar air, virus tersebut akan menetap di dalam suatu keadaan yang tidak aktif. Akan tetapi, apabila sistem imun seseorang itu mulai menurun…

Virus ini akan kembali aktif dan mulai menyebar ke permukaan kulit dan seterusnya menyebabkan terjadinya penyakit herpes. Kebiasaannya, penyakit herpes lebih banyak terjadi pada individu yang lanjut usianya, penderita imunospresif dan juga mereka yang memiliki sistem imun yang lemah. Herpes terbahagi kepada dua jenis golongan. Antaranya ialah :

 

2 Jenis Herpes

1. Herpes Simplex

  • Herpes jenis ini juga dapat dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dikenali sebagai Herpes Simplex Virus-1(HSV-1), virus ini menyerang bahagian mulut ataupun pada bahagian pinggang dan keatas. Jenis ini merupakan jangkitan yang sangat umum.
  • Jenis yang keduanya pula dikenali sebagai HSV-2. Jenis ini akan menyerang pada bahagian pinggang dan kebawah. Kebiasaannya terjadi pada bahagian kelamin. Jenis yang kedua ini tidak dapat disebarkan melalui udara. Akan tetapi ianya dapat tersebar melalui hubungan seks.

2. Herpes Zoster

  • Herpes zoster merupakan sejenis jangkitan kulit yang dikatakan dimulai dengan penyakit cacar air. Perbezaaan diantara penyakit cacar air dan herpes zoster ialah herpes zoster memiliki gelembung yang lebih besar serta berkelompok pada bahagian tertentu seperti di punggung, dahi ataupun dada. Herpes jenis ini pula dapat disebarkan melalui bersin, batuk, pakaian yang telah tercemar serta sentuhan ke atas gelembung yang pecah.

 

Faktor Penyebab Herpes

yellow-onion-head-emoticon-02

Berikut merupakan faktor-faktor yang dapat membuatkan seseorang itu mendapat penyakit herpes :

  • Sentuhan secara langsung dengan penderita herpes
  • Hubungan seksual bersama penderita herpes
  • Melalui udara kotor dan tercemar dengan virus herpes

 

Gejala-Gejala Herpes

onlinevn.vn-hinh-avatar-bieu-tuong-vui108

  1. Merasa sesak nafas
  2. Demam
  3. Sakit pada sendi
  4. Menggigil
  5. Muncul bintik kemerahan pada kulit
  6. Terbentuk gelembung berisi air pada kulit

 

Kenapa Lambat Sembuh ?

yellow-onion-head-emoticon-18

Terdapat beberapa faktor yang dapat melambatkan penyembuhan herpes. Yang pertamanya ialah stress. Kajian menunjukkan, mereka yang mengalami stress yang berpanjangan dapat mempengaruhi proses penyembuhan menjadi lebih lambat.

Faktor yang kedua pula ialah pendedahan terhadap sinar matahari secara langsung dan berlebihan. Ini kerana, ianya dapat menjadikan herpes yang dialami mereka menjadi semakin teruk kerana proses penyebarannya akan menjadi semakin cepat.

 

Langkah Pencegahan Herpes

  1. Menjaga kebersihan kulit dan diri
  2. Menggunakan sabun anti-bakteria ketika mandi atau cuci tangan.
  3. Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan.
  4. Hindari hubungan seks bebas
  5. Menjaga kesihatan seluruh tubuh badan
  6. Makan makanan yang sihat serta tinggi zat dan vitaminnya.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>