Penyakit Sifilis

oie_k6tkZC9l6L39

Salam jumaat semua, buat yang beragama Islam, jangan lupa ye hari ni sembahyang jumaat. Ok, jom teruskan perkongsian kita pada hari ini. Penyakit yang akan dikongsikan oleh tcm pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit sifilis. Sifilis adalah sejenis penyakit kelamin (STD) yang berjangkit. Penyakit ini dapat disebarkan melalui hubungan seks bersama seseorang yang dijangkiti.

Tidak kira sama ada melalui vagina, dubur atau oral. Selain itu, penyakit ini turut dapat disebarkan dari seorang ibu kepada bayinya semasa kehamilan.

 

Gejala-Gejala Sifilis

Gejala pertama sifilis biasanya akan muncul sekitar 3 minggu setelah bakteria memasuki tubuh badan pesakit. Gejala penyakit sifilis juga akan muncul secara berperingkat. Setiap peringkat akan menunjukkan gejala yang berbeza-beza. Akan tetapi, peringkat tersebut dapat terjadi secara bertindih dan gejala tidak semestinya akan berlaku mengikut susunan peringkat.

Selain itu, anda mungkin dapat mengalami sifilis tanpa menunjukkan sebarang tanda atau gejala.

 

4 Peringkat Sifilis Dan Gejala-Gejalanya

1. Peringkat Rendah (Primary)

Muncul satu atau lebih ulser/kudis pada zakar, labia (bibir faraj), dubur dan kadang-kadang pada mulut dan bibir. Ulser ini dikenali dengan nama ‘chancre’. Ia biasanya akan hilang setelah beberapa minggu. Permulaan gejala peringkat pertama ini terjadi sekitar 10 hingga 90 hari setelah mengalami jangkitan kuman sifilis. Chancre dapat bertahan selama 3 hingga 6 minggu.

2. Peringkat Sekunder (Secondary)

Pesakit sifilis sekunder akan mengalami ruam merah sebesar saiz duit syiling kecil. Ruam ini kebiasaannya muncul pada tapak tangan dan tapak kaki. Antara gejala lain adalah seperti demam, kurang selera makan, radang kerongkong dan ketuat alat kelamin. Peringkat kedua ini biasanya bertahan selama 1 hingga 3 bulan.

3. Peringkat Tersembunyi

Peringkat ketiga bagi penyakit sifilis adalah tersembunyi. Ia akan muncul setelah gejala peringkat pertama dan kedua hilang. Tanpa rawatan, pesakit sifilis akan tetap menghidapi sifilis walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini kerana, jangkitan penyakit tersebut tetap berada di dalam tubuh badan. Peringkat tersembunyi ini dapat bertahan selama bertahun-tahun sebelum beralih ke peringkat seterusnya.

4. Peringkat Akhir

Sifilis peringkat 4 dapat dialami 15% daripada individu yang pernah mengalami jangkitan sifilis namun tidak mendapatkan rawatan. Di peringkat ini, sifilis sudah mampu merosakkan organ-organ dalaman pesakit termasuk otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi. Gejala-gejala pada peringkat ini adalah seperti :-

  • Kesukaran menyelaraskan pergerakan otot
  • Lumpuh
  • Kebas
  • Kabur penglihatan mata dan buta
  • Demensia (nyanyuk)

Disebabkan oleh kerosakan yang dialami dapat menjadi serius, ia secara tidak langsung dapat mengancam nyawa pesakit.

 

Faktor Penyebab Sifilis

Sifilis disebabkan oleh sejenis bakteria yang dikenali dengan panggilan Treponema pallidum. Selain daripada melalui hubungan seks, bakteria ini turut dapat disebarkan melalui cairan tubuh badan pesakit sifilis. Contohnya seperti darah. Selain itu, ia juga dapat disebarkan melalui perkongsian jarum suntikan, menindik telinga atau membuat tatu di tubuh badan.

 

Rawatan Penyakit Sifilis

Sifilis mudah untuk dirawat dan disembuhkan sekiranya ia dikesan pada peringkat awal. Satu suntikan penisilin dan antibiotik akan menyembuhkan seseorang yang menghidap kuman sifilis kurang daripada setahun. Bagi mereka yang menghidapi sifilis lebih dari tempoh satu tahun, rawatan yang diberikan oleh doktor hanya mampu membunuh bakteria sifilis dan mencegah kerosakan yang lebih teruk.

Akan tetapi, sebarang kerosakan yang telah dialami pesakit tidak dapat disembuhkan melalui rawatan tersebut. Oleh kerana rawatan sifilis perlu dilakukan pada peringkat awal bagi menyembuhkan pesakit dan mengelakkan sebarang kerosakan teruk, anda yang berisiko hendaklah segera mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+sifilis

https://sharingcaring.wordpress.com/2012/03/31/sifilis-syphilis/

www.alodokter.com/sifilis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>