Penyakit Kawasaki

oie_uFyYyMpyb7pE

Hai semua, artikel yang tcm ingin kongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit kawasaki. Selain itu, penyakit ini juga turut dikenali sebagai sindrom kawasaki atau sindrom nodus limfa. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan radang yang terjadi pada pembuluh darah di seluruh tubuh badan pesakit.

Penyakit ini biasanya sering terjadi pada kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah. Kanak-kanak yang berusia satu setengah hingga dua tahun mempunyai risiko yang sangat tinggi.

 

Kawasan Yang Dapat Dipengaruhi Kawasaki

  • Sistem-sistem organ
  • Pembuluh darah
  • Kulit
  • Membran mukus yang terdapat di dalam mulut, hidung dan tekak
  • Kelenjar limfa

 

Penyebab Kawasaki

Penyebab kepada penyakit ini masih lagi belum dapat dikenal pasti dengan tepat. Walaupun begitu, pakar perubatan berpendapat ianya mungkin disebabkan oleh dua faktor utama iaitu jangkitan dan keturunan. Bagi yang disebabkan oleh jangkitan, virus atau bakteria penyebabnya masih lagi belum dikenalpasti. Walaupun begitu, penyakit ini tidak berjangkit.

Untuk faktor keturunan pula dapat dilihat apabila seorang kanak-kanak menghidapi penyakit ini dan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut juga turut mengalaminya semasa kecil. Selain itu, adik beradik kandung juga berpotensi mengalami penyakit ini sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghidapinya.

 

Gejala-Gejala Kawasaki

  • Demam panas yang lebih teruk dari biasa
  • Ruam kemerahan yang pertama muncul di kawasan organ intim dan menyebar pada bahagian atas, tangan, kaki dan wajah
  • Mata kemerahan tetapi tiada keluar cairan
  • Perubahan pada keadaan mulut seperti lidah dan tekak kemerahan serta bibir kering dan pecah-pecah
  • Jari tangan atau kaki menjadi bengkak dan merah.
  • Merasa sakit pada bahagian tangan dan kaki
  • Pembengkakan kelenjar limfa pada bahagian leher

 

Rawatan Mengatasi Kawasaki

Rawatan terhadap penyakit ini hendaklah dilakukan segera bagi mempercepatkan proses penyembuhan pesakit dan menurunkan risiko komplikasi yang berbahaya.  Oleh kerana kesannya yang sangat serius, tcm sarankan anda untuk pergi berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya terdapat gejala-gejala seperti di atas.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+kawasaki

https://www.alodokter.com/penyakit-kawasaki

https://id.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Kawasaki

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>