Pembengkakan Ginjal (Hidronefrosis)

oie_y0r2xpjg9pze

Apa khabar semua? Semoga sihat selalu yea. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai hidronefrosis. Hidronefrosis merupakan suatu keadaan pembengkakan buah pinggang (ginjal) yang disebabkan oleh air kencing yang terkumpul di dalam ginjal. Keadaan ini biasanya dapat terjadi pada salah satu atau kedua-dua belah ginjal seseorang itu.

 

Penyebab Hidronefrosis

Berikut tcm senaraikan beberapa faktor penyebab yang dapat mendorong kepada berlakunya hidronefrosis ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah :

  • Terdapat gangguan atau kerosakan pada saraf pundi kencing
  • Pembengkakan kelenjar prostat
  • Pembesaran rahim ketika hamil berpotensi menekan ureter
  • Masalah batu karang yang berpotensi membuatkan ureter tersumbat
  • Penyempitan ureter yang disebabkan jangkitan, pembedahan dll

 

Hidronefrosis dapat dialami oleh sesiapa sahaja. Bagi mereka yang sedang hamil, mungkin terkejut bila tengok kehamilan juga berpotensi menjadi penyebab hidronefrosis. Ia dapat menjadi lebih buruk apabila terjadinya perubahan hormon kepada pesakit.

Walaupun hidronefrosis yang disebabkan kehamilan akan turut berakhir setelah kehamilan berakhir, akan tetapi, mereka tetap berpotensi mengalami pelebaran pada pelvis buah pinggang dan ureter. Oleh itu, sentiasalah periksa kesihatan anda lebih-lebih lagi ibu hamil.

 

Gejala-Gejala Hidronefrosis

Macam mana nak tahu sekiranya anda mengalami hidronefrosis ni yea? Jom tcm nak kongsikan gejala-gejala yang biasanya dialami oleh pesakit hidronefrosis. Antaranya seperti :

  • Terdapat benjolan yang besar di dalam perut
  • Sering terasa untuk buang air kecil
  • Buah pinggang (ginjal) mengalami pembesaran
  • Demam dan mual-mual
  • Sakit ketika membuang air kecil

 

Adalah sangat penting untuk segera mengenalpasti hidronefrosis sekiranya anda mengalaminya. Ini kerana, apabila hidronefrosis dapat dikenalpasti dan ditangani dengan secepatnya, hidronefrosis jarang dapat menyebabkan kesan yang teruk untuk jangka masa panjang.

Akan tetapi, sekiranya anda mengabaikan sebarang tanda atau gejala, anda berkemungkinan mengalami jangkitan saluran kencing, kerosakan ginjal atau juga kegagalan ginjal.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://doktersehat.com/hidronefrosis-ginjal-menggembung/

http://www.alodokter.com/hidronefrosis

https://www.gleneagles.com.sg/id/specialties/medical-specialties/children/kidney-swelling

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>