Penyakit Rubella

oie_DeQKMVqZG3ZJ

Hai semua! Selamat Pagi! Tajuk kita untuk hari ini adalah berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali dengan nama Penyakit “Rubella”. Selain itu, penyakit ini juga sering disebut dengan nama Campak Jerman. Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Menurut kajian yang dijalankan, penyakit ini lebih cenderung terjadi pada kanak-kanak dan remaja.

Menurut kajian juga, penyakit ini sangat jarang terjadi kepada golongan berumur. Penyebaran bagi penyakit rubella adalah sangat mudah sekali. Penyakit ini dapat disebarkan melalui titisan-titisan air di udara yang mungkin berasal daripada batuk atau bersin penderita rubella. Mereka yang berkongsi makanan dan minuman bersama-sama dengan penderita rubella juga dapat dijangkiti.

oie_1iEOuVNy7hpg

Penyakit rubella tidaklah seteruk demam campak. Ini kerana, penyakit ini lebih ringan berbanding campak. Akan tetapi, penyakit ini dapat memberikan kesan yang serius sekiranya ia menjangkiti wanita yang sedang hamil. Lebih membimbangkan lagi sekiranya kandungan tersebut berusia sebelum lima bulan. Ini kerana, wanita hamil tersebut berpotensi tinggi mengalami “sindrom rubella kongenital”.

Lebih serius lagi, wanita hamil tersebut juga berisiko mengalami kematian bayinya di dalam kandungan. Berbalik kepada sindrom rubella kongenital, diantara kesan-kesan sindrom ini terhadap bayi tersebut ialah ianya dapat menyebabkan bayi tersebut mengalami kecacatan sewaktu lahir seperti :

  • Mengalami tuli
  • Katarak
  • Penyakit Jantung Kongenital
  • Mengalami kerosakan otak
  • Mengalami kerosakan organ hati
  • Mengalami kerosakan paru-paru
  • Diabetes Jenis 1
  • Hipertiroidisme
  • Pembengkakan otak

 

Gejala-Gejala Rubella

oie_Gjp5f5dRt3Wf

  • Mengalami demam
  • Merasa sakit kepala
  • Mengalami pembengkakan kelenjar limfa (telinga dan leher)
  • Hidung tersumbat / beringus
  • Kurang selera makan dan mual
  • Sakit pada bahagian sendi (terutamanya wanita)
  • Ruam berbintik-bintik kemerahan

 

Langkah Menghadapi Rubella

  1. Mendapatkan waktu rehat yang secukupnya
  2. Cegah dehidrasi dengan banyakkan minum air kosong
  3. Makan ubat seperti panadol bagi menurunkan panas badan dan melegakan sakit pada sendi (pastikan mendapat nasihat daripada doktor dahulu)
  4. Minum air suam yang dicampurkan bersama dengan madu dan lemon bagi melegakan sakit tekak dan hidung yang beringus

 

Langkah Pencegahan Rubella

oie_Cr7nUyW9sQRh

  1. Mendapatkan vaksinasi (terutamanya wanita yang bercadang untuk hamil)
  2. Mengelakkan hubungan dengan penderita rubella
  3. Mengasingkan penderita rubella dari ahli keluarga lain sehingga sembuh
  4. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan sebelum dan sesudah makan

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>