Penyakit Raynaud

oie_73CFWai2IwVg

Salam isnin semua, hari ini tcm nak kongsikan pula mengenai sejenis penyakit yang dikenali sebagai penyakit raynaud. Penyakit ini merupakan suatu keadaan di mana arteri-arteri kecil yang terdapat pada jari tangan dan kaki seseorang itu mengalami kekejangan dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut menjadi pucat. Penyakit raynaud sering ditemui pada wanita muda.

Walaupun wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi di dalam menghidapi penyakit ini, namun golongan lelaki juga hendaklah mengambil tahu akan penyakit ini. Ini kerana, sesiapa sahaja berpotensi menghidapi penyakit raynaud.

 

Gejala-Gejala Raynaud

  • Merasa sakit yang menikam apabila suhu sejuk mulai panas atau tekanan yang dialami mulai berkurangan
  • Jari tangan atau kaki terasa sejuk
  • Merasa sakit dan kebas pada bahagian yang terlibat
  • Perubahan warna kulit yang bertindak balas pada suhu yang sejuk atau sebarang tekanan

 

Bagaimana Raynaud Terjadi

Bagaimana raynaud terjadi yea? Arteri-arteri kecil yang membekalkan saluran darah pada kulit mengalami penyempitan atau gangguan. Kesan daripada penyempitan dan gangguan tersebut, ia seterusnya menyebabkan peredaran darah pada kawasan tersebut menjadi terhalang dan seterusnya timbullah penyakit yang dikenali sebagai penyakit raynaud.

Walaupun raynaud sering terjadi pada jari tangan dan kaki, raynaud juga boleh terjadi pada bahagian lain tubuh badan. Antaranya seperti hidung, bibir, telinga dan puting pada payudara.

 

Faktor Penyebab Raynaud

Terdapat beberapa faktor yang dapat mendorong seseorang itu mengalami penyakit ini. Antaranya ialah seperti :

  • Aterosklerosis
  • Skleroderma
  • Mengalami kecederaan
  • Mengalami tekanan
  • Kesan tindak balas ubat-ubatan tertentu
  • Arthritis rheumatoid
  • Kelainan saraf
  • Udara sejuk

 

Langkah Mengatasi Serangan Raynaud

  • Elakkan perubahan suhu mendadak : Contohnya seperti bergerak daripada bilik yang panas kepada bilik yang mempunyai penghawa dingin secara mengejut.
  • Melakukan senaman : Aktiviti bersenam dapat melancarkan pengaliran darah.
  • Elakkan tabiat merokok : Tabiat merokok dapat mendorong seseorang itu terkena penyakit raynaud. Selain itu, terdedah kepada asap rokok juga mampu memburukkan lagi keadaan.
  • Mengawal stress : Stress yang terkawal dapat membantu seseorang itu mengatasi serangan raynaud.

 

Lain-Lain Tips

Antara tips-tips lain di dalam mengatasi penyakit raynaud adalah seperti menggoyangkan jari tangan dan kaki, meletakkan tangan di bawah ketiak, rendam tangan atau kaki di dalam air hangat serta melakukan urutan pada tangan dan juga kaki bagi melancarkan pengaliran darah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.deherba.com/raynaud-penyakit-apakah-itu.html

http://www.spesialis.info/?penyebab-penyakit-raynaud-fenomena-raynaud,732

http://www.sehatfresh.com/penyakit-raynaud/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>