Protein Penting Untuk Kesihatan

Hyee.. :)

Alangkah segarnya waktu pepagi nie kengkawan kan.. lagi segar jika anda bangun dari tidur terus menuju ke tandas untuk mandi pagi.. boleh rujuk diSINI kelebihan  mandi pagi.. setelah itu bolehlah mengambil sedikit sarapan kerana sarapan sangat penting untuk tubuh badan kita.. rujuk diSINI untuk pemakanan yang sihat..

Okey kengkawan, dalam pemakanan harian kita sumber protein sangat penting untuk kesihatan kita. Tetapi tahukah anda bagaimanakah ianya berfungsi dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kita.? Okey kali ini saya akan berkongsi sedikit info tentang kenapakah pentingnya sumber protein nie dalam kehidupan kita semua…semoga info ini bermanfaat kepada kita dan seterusnys kepada ibubapa dalam membesarkan anak-anak mereka.

Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan kita menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindung tubuh badan terhadap jangkitan penyakit. untuk pengetahuan anda juga tanpa protein nie, pertumbuhan  tulang, kulit dan rambut bayi juga tidak akan mempunyai strukturnya.

Berikut adalah peranan penting protein:

  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Tetapi tahukah anda dimanakah sumber protein boleh didapati?

Protein dalam diet harian boleh didapati daripada dua sumber iaiitu protein haiwan dan protein tumbuhan. Bagi protein haiwan adalah seperti susu, telur, daging dan ikan manakala bagi sumber protein tumbuhan pula boleh didapati pada bijirin, kacang, kekacang dan produk soya.

Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk protein  daripada sumber haiwan. Tambahan pula, jika dua jenis protein tumbuhan contohnya  seperti kekacang dan bijian dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

Jika anda mengalami pelbagai masalah tentang kesihatan boleh rujuk disini :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html#.UVZbx6KnDL5

Sebarang pertanyaan tentang kesihatan:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Enquiry.html

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>