Punca-Punca Penyakit Kemandulan

Hyee.. :)

Penyakit kekemandulan bukan hanya berlaku terhadap kaum lelaki sahaja malah wanita juga akan mengalaminya.. sila rujuk entry saya sebelum ini mengenai PENYAKIT KEMANDULAN.

Penyakit ini adalah salah satu penyakit yang sangat digeruni kepada mereka yang sudah berumah-tangga mahupun yang berkeinginan berumah tangga. Tapi anda tahukah sebab-sebab terjadinya penyakit ini kengkawan?

Okeylah kali ini saya akan berkongsi entry mengenai apakah punca yang menyebabkan masalah ini terjadi terhadap lelaki mahupun wanita.

LELAKI

Bagi lelaki umumnya adalah disebabkan oleh beberapa perubahan gaya hidup yang tidak sihat seperti :

  • Penggunaan alkohol.
  • Penggunaan  dadah.
  • Keadaan alam sekitar.
  • perokok pasif
  • Pernah mengalami masalah kesihatan lainnya.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang tidak jelas statusnya
  • Penggunaan radiasi dan kemoterapi bagi perubatan  kanser.
  • Factor Umur.

WANITA

Masalah yang sering dialami oleh wanita yang mandul adalah gangguan ovulasi. Maslah evolusi ini akan menyebabkan sel telur bagi wanita  tidak aktif. Salah satu tanda  bagi wanita yang mengalami gangguan ovulasi adalah haid yang tidak teratur ataupun tiada langsung pengeluarannya.

Gangguan lain yang biasa menyebabkan kemandulan pada wanita adalah :

  • Factor Umur
  • Mengalami Stress.
  • Kekurangan gizi yang seimbang
  • Terlalu gemuk dan terlalu kurus.
  • Perokok Pasif
  • Pengguna alkohol
  • Penyakit yang berkaitan dengan sekual
  • Gangguan kesihatan yang menyebabkan terganggunya keseimbangan hormon.

Kengkawan, anda  semua harus tahu bahawa pengaruh umur merupakan factor penting yang harus diambilkira bagi terjadinya penyakit kemandulan ini. Menurut kajian untuk hamil bagi wanita hanya 20 peratus sahaja  bagi mereka yang berumur melebihi 30. So umur merupakan peranan penting dalam masalah kesuburan.

Keadaan ini adalah disebabkan Kemampuan untuk mengeluarkan sel telur akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Selain kualiti sel telur yang dihasilkan juga akan menurun.  Wanita yang berumur  juga sering mengalami pelbagai penyakit lain secara tidak langsungnya akan mempengaruhi kesuburan mereka. Itulah sebabnye kes-kes keguguran sering berlaku kepada mereka yang sudah berumur.

 

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>