Sawan
Hai semua, topik yang akan dibincangkan pada hari ini adalah mengenai sawan. Sawan adalah sejenis penyakit yang banyak mempengaruhi bayi dan juga kanak-kanak. Walaupun begitu, penyakit ini juga mampu berlaku kepada orang dewasa. Apa itu sawan? Sawan adalah penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan ransangan isyarat elektrik di otak seseorang itu.
Ransangan isyarat elektrik tersebut dapat disebabkan oleh kecederaaan semasa atau selepas daripada kelahiran, tumor, demam ketika kanak-kanak ataupun daripada sebarang jangkitan. Terdapat pelbagai jenis penyakit sawan yang dapat dikenalpasti. Ada diantara penyakit tersebut yang bersifat sementara dan ada juga yang perlu mengambil masa untuk sembuh.
Sindrom perubatan bagi penyakit sawan yang terjadi berulang-ulang kali tanpa sebarang faktor ransangan dipanggil “epilepsi”. Walaupun begitu, sawan juga dapat terjadi pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi. Antara faktor-faktor yang dapat menyebabkan terjadinya sawan ialah faktor tekanan, demam serta pengambilan alkohol berlebihan.
Tiga Kategori Sawan
- Sawan Menyeluruh – Pesakit akan menjadi kaku, rebah dan tidak sedar, badan bergoncang dan meronta. Serangan biasanya berlaku selama lima minit dan kebanyakan pesakit akan tertidur selama lebih daripada setengah jam.
- Sawan Sebahagian – Kebiasaannya sawan jenis ini akan mengakibatkan pesakit menjadi bingung dan tidak menyedari tentang apa yang berlaku.
- Sawan Ketiadaan – Kategori ini banyak berlaku pada pelajar sekolah rendah. Ianya menyebabkan pesakit menjadi tidak sedar dalam masa yang singkat (30 saat). Namun ia tidak melibatkan gejala seperti jatuh ataupun mengalami goncangan badan. Kebanyakan kes ini, biasanya pulih apabila mereka meningkat dewasa.
Faktor Penyebab Sawan
- Genetik – Sesetengah pesakit mempunyai sejarah keluarga yang turut mempunyai masalah yang sama. Selain itu, pakar perubatan juga turut mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen yang tertentu.
- Risiko Bayi – Bayi berisiko terdedah kepada pelbagai risiko yang menyebabkan kerosakan otak seperti jangkitan daripada ibu, pemakanan atau masalah seperti kekurangan oksigen.
- Kesihatan – Gangguan daripada masalah kesihatan yang lain seperti strok dan serangan jantung.
- Penyakit – Meningitis, AIDS dan virus Ensefalitis juga dapat menyebabkan terjadinya sawan.
- Kecederaan – Mengalami trauma di kepala semasa kemalangan ataupun mengalami sebarang kecederaan fizikal di kepala yang mempengaruhi otak.
- Demensia – Di kalangan orang-orang yang berumur pula, demensia merupakan punca utama yang menyebabkan sawan terjadi.
Gejala-Gejala Sawan
- Merenung kosong seperti berkhayal
- Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab
- Mata berkelip laju
- Tidak dapat bercakap atau berkomunikasi seperti biasa untuk tempoh yang singkat
- Takut tanpa sebab yang jelas
- Otot anggota badan mengigil (terutamanya di awal pagi)
- Mengangguk berulang-ulang
- Tindak balas berkurangan untuk tempoh masa yang singkat
Langkah Menghadapi Sawan
- Baringkan pesakit secara mengiring. Seterusnya pastikan kepala pesakit berada sama atau lebih rendah daripada badan.
- Catatkan tempoh masa dan waktu berlakunya sawan.
- Elakkan daripada memasukkan sebarang benda di dalam mulut pesakit.
- Elakkan juga daripada menyedarkan pesakit dengan menampar atau menggoncang badan pesakit
- Sekiranya sawan berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur pesakit (suppository diazepam). (Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu).
- Bawa pesakit ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat. (Biasanya sawan akan berhenti dalam tempoh 10 minit)
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html