Masalah Pertuturan (Gagap)

oie_EFqnegdeVLbB

Apa itu gagap? Gagap merupakan sejenis masalah yang berkaitan dengan pertuturan. Seseorang yang mengalami masalah gagap akan mempunyai kesukaran untuk bertutur seperti orang biasa. Kebiasaannya, sebutan pada huruf pertama perkataan yang disebut mereka akan menjadi berulang-ulang atau tersekat-sekat tanpa kawalan daripada mereka sendiri.

Sebagai contoh, bagi perkataan “Kayu”, seseorang yang mengalami masalah ini akan menyebutnya seperti “k-k-k-k-kka–yu” atau “ka-ka-ka-ka–kayu”. Secara umumnya, gagap merupakan suatu proses pertuturan yang menggangu percakapan seperti biasa tanpa kita sedari. Terdapat beberapa cara atau teknik tertentu yang boleh diamalkan bagi membantu masalah ini.

 

Akan tetapi, kegelisahan berkaitan masalah tersebut yang dialami seseorang itu akan menyebabkan masalah tersebut semakin memburuk. Jadi, amatlah penting bagi mereka yang menghadapi masalah ini untuk menjadi lebih tenang ketika bercakap. Walaupun kelihatan remeh, masalah ini mampu memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang mengalaminya. Antaranya :

  • Hilang keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang ramai
  • Terpaksa memendamkan hasrat untuk meluahkan sesutau yang mungkin tidak dapat difahami orang lain.
  • Mungkin dijadikan “kambing hitam” bagi sesuatu kesalahan yang terjadi kerana kelihatan seperti cuba untuk berbohong kerana percakapan tersekat-sekat.
  • Orang salah faham terhadap perkara yang ingin disampaikan oleh mereka
  • Dijadikan bahan ejekan kawan-kawan

 

Faktor Penyebab Gagap

oie_trans

Masalah gagap biasanya terjadi ketika usia seseorang itu sebelum remaja. Pada sesetengah pesakit, ianya akan hilang setelah pesakit tersebut meningkat usia dan mencapai akil baligh. Akan tetapi, sesetengah yang lainnya mungkin tidak sembuh walaupun setelah baligh. Keberangkalian masalah gagap untuk sembuh bagi mereka akan menjadi nipis dan biasanya bersifat kekal.

Walaupun begitu, gagap masih dapat dirawat melalui terapi pertuturan. Akan tetapi, keputusannya adalah berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Kanak-kanak lelaki lebih berisiko tingi untuk mengalami masalah ini berbanding kanak-kanak perempuan. Faktor penyebab kepada masalah ini berkemungkinan oleh faktor genetik. Ini kerana, masalah ini boleh diwarisi. Akan tetapi, hingga waktu ini, masih tiada gen khusus yang telah ditemui.

Selain itu, pakar perubatan juga berpendapat ianya disebabkan oleh masalah penyelarasan neural di dalam otak. Antara hasil kajian berkaitan masalah ini juga menemukan ianya berkaitan dengan gangguan fiber diantara kawasan pertuturan dan juga perancangan pertuturan yang kedua-duanya terdapat pada bahagian kiri serebral hemisphere otak.

 

Gejala-Gejala Gagap

oie_S4fazXZ2kNDy

  • Mengulangi suka kata atau perkataan seperti “s-s-s–sa-ya” atau “awak-awak-awak–kat mana?”
  • Memanjangkan suara seperti “mmmmmmmm-mampu”
  • Menjadi ragu-ragu dan terhenti apabila bertutur perkataan yang seterusnya
  • Percakapan yang terjadi seperti menyembur, di mana seseorang itu cuba untuk mengawal dan menjaga suara mereka

 

Tips2 Menghadapi Masalah Gagap

oie_pq1EL48CUnwD

  1. Berfikiran positif – Buang sebarang perasaan malu untuk bercakap dan teruskan bercakap seperti biasa. Seiring dengan itu, sentiasa berfikiran positif tentang masalah yang dialami dan percaya ianya boleh diperbaiki dan diatasi.
  2. Menarik nafas dalam-dalam sebelum bercakap – Teknik ini dapat membantu terutamanya jika stress adalah penyebab utama seseorang itu menjadi gagap. Dengan mengamalkan teknik ini, seseorang itu pasti akan menjadi lebih tenang ketika bercakap.
  3. Bayangkan bercakap seperti menyanyi – Percaya atau tidak, gagap hanya berlaku ketika seseorang itu cuba untuk bercakap dan tidak ketika mereka menyanyi. Dengan mengubah cara percakapan seakan-akan sedang menyanyi, seseorang itu dapat mengekalkan tumpuannya ketika bercakap.
  4. Bercakap dengan tenang dan perlahan-lahan – Ambil masa yang secukupnya bagi menghabiskan sesuatu ayat. Dengan cara itu, seseorang itu dapat merancangkan dahulu perkara yang ingin dicakapkan di dalam fikiran mereka.
  5. Berlatih membaca dengan kuat – Membaca dengan kuat dapat membuatkan seseorang itu mendapat lebih tumpuan ketika bercakap. Selain itu, ia juga dapat membantu mereka memilih perkataan yang lebih mudah disebut.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>