Lewy Body Dementia

oie_PPZASKQzQoq0

Lewy Body Dementia (LBD) adalah sejenis penyakit yang mempengaruhi fungsi otak seseorang itu. Dementia pula bermaksud kemerosotan daya pemikiran. Dementia dapat mempengaruhi cara kita berfikir, kelakuan serta kemampuan untuk melakukan rutin harian kita setiap hari. Antara punca utama penyebab kepada penyakit ini adalah kebiasaannya daripada faktor penuaan. Namun, LBD juga berpotensi untuk menyerang orang dewasa lain yang berbeza peringkat umur mereka. Dalam LBD, terdapat satu struktur bulat yang abnormal yang disebut “Lewy-Body” dan seterusnya menghasilkan satu kawasan pada bahagian otak yang akan mempengaruhi pemikiran dan pergerakan. Terdapat beberapa penyakit lain yang mempunyai simptom-simptom seakan-akan sama seperti LBD. Antaranya ialah Parkinson dan Alzheimer. LBD kebiasaanya akan kerap salah dianalisis sebagai penyakit lain.

Ini kerana simptomnya yang mempunyai banyak persamaan seperti simptom kepada penyakit Alzheimer serta Parkinson. Kebanyakan doktor serta pakar perubatan masih belum biasa dengan penyakit LBD. Walaupun begitu, LBD bukanlah sejenis penyakit yang jarang berlaku, terutamanya di Amerika Syarikat. Kajian menunjukkan, LBD memberi kesan dengan mempengaruhi kira-kira 1.4 juta individu serta keluarga mereka. Disebabkan persamaan gejalanya dengan penyakit lain. Adalah sukar bagi kita dalam menentukan apakah penyakit sebenar yang sedang kita alami apabila kita dapat mengesan beberapa gejala yang terjadi kepada kita yang mungkin disebabkan oleh penyakit tertentu. Walaupun begitu, anda semua tidaklah perlu risau akan keadaan itu. Ini kerana, walaupun terdapat banyak persamaan, LBD tetap mempunyai gejalanya yang tersendiri yang tidak terdapat pada penyakit lain seperti Alzheimer dan Parkinson.

 

Antara gejalanya tersendiri adalah :

  1. Kesukaran untuk tidur – Antara masalah sukar untuk tidur termasuklah insomnia dan mengigau.
  2. Mempunyai perhatian yang tidak seimbang – Contohnya ialah ucapan yang tidak teratur, sering mengantuk, badan terasa lesu serta kerap memandang ke ruang angkasa pada waktu yang lama.
  3. Penurunan mental atau masalah pembelajaran  – Antaranya ialah hilang daya ingatan, kadar pemerhatian berkurangan, naluri kewaspadaan berkurangan dan kebingungan.
  4. Halusinasi dan kemurungan yang berulang – Pesakit-pesakit LBD akan terpengaruh untuk ternampak haiwan, warna, bentuk serta manusia sedangkan ianya tidak wujud pun.
  5. Proses autonomi yang berubah-ubah – Proses autonomi yang disebutkan adalah sembelit, suhu badan, tekanan darah, kesulitan untuk menelan makanan serta kesukaran untuk membuang air kecil. :)

 

Penyakit ini merupakan sejenis penyakit yang progresif , di mana gejalanya muncul dengan lambat. Akan tetapi, memburuk dengan seiringnya waktu berjalan. Kajian menunjukkan penyakit ini mempunyai tempoh masa 5 sehingga 7 tahun dari waktu pesakit disahkan menhidapi LBD sekiranya dapat menyebabkan kematian. Namun, walupun begitu, jangkamasa untuk gejala tersebut berkembang dan berubah adalah berbeza bagi setiap individu bergantung pada kesihatan tubuh badan, usia, keparahan gejala yang berlaku dll. Penyebab khusus bagi penyakit LBD masih belum dikenalpasti. Banyak kajian-kajian di lakukan dari masa ke semasa bagi menemukan punca khusus yang menyebabkan terjadinya LBD. Namun terdapat sesetengah pakar perubatan yang berpendapat bahawa sesetengah kes LBD dipengaruhi oleh faktor keturunan seperti turun temurun (genetik).

Bagi mereka yang mengalami masalah ini dengan diri sendiri atau dengan keluarga yang tersayang. Saya cadangkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical Center bagi mendapatkan rawatan khas yang telah disediakan khusus buat pesakit yang mengalami masalah seperti ini. Mereka telah pun berpengalaman di dalam mengubati pesakit yang mengalami masalah seperti ini. Selain rawatan alternatif yang sangat terbukti keberkesanannya, mereka juga menggunakan ubatan herba di dalam mengubati pesakit mereka bagi mendapatkan keputusan rawatan yang lebih positif serta pantas.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>