Penyakit Aneurisma Otak

oie_D43lGa3VRydW

Salam khamis semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai aneurisma otak. Aneurisma otak adalah suatu keadaan dimana pembuluh darah pada otak seseorang itu mengalami pembesaran yang disebabkan oleh pembuluh darah yang lemah. Aneurisma otak juga turut dikenali dengan nama aneurisma cerebral.

 

Bagaimana Aneurisma Otak Terjadi

Seperti yang tcm nyatakan di atas, aneurisma otak terjadi apabila pembuluh darah pada otak mengembang. Ini terjadi apabila aliran darah yang melalui pembuluh darah tersebut menekan dinding pembuluh darah dan seterusnya menyebabkan dinding pembuluh darah yang lemah mengembang seperti belon.

Keadaan ini sangat berbahaya sekali kerana pembuluh darah tersebut berisiko untuk pecah dan dapat menyebabkan berlakunya pendarahan subarachnoid.

 

Gejala-Gejala Aneurisma Otak

Gejala aneurisma otak bergantung pada tahap keseriusan keadaan tersebut. Bagi keadaan aneurisma yang belum pecah, gejala dapat dilihat apabila aneurisma sudah menjadi besar hingga menekan tisu atau saraf pada otak. Antara gejalanya seperti :

  • Sakit di sekitar mta
  • Pening
  • Mengalami kelumpuhan pada salah satu sisi wajah
  • Sukar untuk bercakap
  • Keseimbangan terganggu
  • Kelopak mata turun atau mengalami gangguan penglihatan
  • Sukar tumpukan perhatian dan memiliki daya ingatan yang pendek

Bagi keadaan aneurima otak yang pecah dan mengalami kebocoran darah, keadaan ini lebih serius dan dapat menunjukkan gejala-gejala seperti :

  • Leher merasa kaku
  • Mengalami kekejangan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Mual dan muntah-muntah
  • Penglihatan kabur dan berganda

 

Penyebab Aneurisma Otak

Aneurisma terjadi apabila dinding pembuluh darah menjadi lemah atau nipis. Darah yang diperlukan oleh otak disalurkan melalui empat pembuluh darah yang melalui leher sehingga mencapai otak. Aneurisma sering terjadi pada cabang pembuluh darah yang lemah. Terdapat beberapa faktor yang berpotensi menyebabkan dinding pembuluh darah menjadi lemah. Antaranya ialah :

1. Berusia 40 tahun dan ke atas – Mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami aneurisma otak. Ini kerana, dinding pembuluh darah yang menjadi semakin lemah seiring dengan peredaran waktu dan tekanan darah yang melalui dinding tersebut.

2. Wanita – Kebanyakan pesakit aneurisma otak  adalah wanita. Ia disebabkan oleh penurunan hormon estrogen yang mengawal fleksibiliti pembuluh darah. Penurunan hormon tersebut biasanya terjadi setelah menopause.

3. Tekanan darah tinggi – Meningkatkan tekanan pada dinding pembuluh darah sehingga terjadinya aneurisma otak. Tekanan darah tinggi sering dialami mereka yang mengalami masalah obesiti atau pengambilan garam, kafein dan alkohol yang berlebihan.

4. Mengalami kecederaan pada kepala – Walaupun penyebab ini jarang terjadi, kecederaan pada otak dapat meningkatkan risiko aneurisma otak.

 

Rawatan Aneurism Otak

Rawatan aneurisma otak kebiasaannya dilakukan semasa aneurisma otak berada pada tahap awal. Terdapat dua cara yang dikenal pasti bagi merawat aneurisma. Pertama merupakan embolisasi yang dilakukan dengan memasukkan tiub kecil ke bahagian arteri yang terkena dan berada dekat dengan aneurisma.

Koil logam yang dimasukkan tersebut digerakkan pada aneurisma bagi mengurangkan tekanan yang dialami dan mengurangkan risikonya dari pecah. Cara kedua adalah prosedur klipping. Ia dilakukan dengan menempatkan klip logam kecil berdekatan aneurisma. Ini dilakukan bagi tujuan mengurangkan aliran darah dari pembuluh darah utama dan secara tak langsung mengurangkan risikonya dari pecah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=apa+tu+aneurisma+otak

https://www.deherba.com/apakah-itu-aneurisma-otak.html

http://www.alodokter.com/aneurisma-otak

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>