Penyakit Endokarditis

oie_miffpf86um1g

Hai semua, selamat petang! Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai endokarditis. Penyakit ini merupakan suatu jangkitan pada lapisan dalam jantung manusia (endokardium). Walaupun penyakit ini jarang terjadi namun ia sangat berbahaya kerana dapat mengancam nyawa penderitanya.

 

Gejala-Gejala Endokarditis

Gejala yang dialami oleh pesakit dapat berkembang secara perlahan atau cepat bergantung kepada penyebab jangkitan dan gangguan yang dialami oleh penderita itu sendiri. Antara gejala-gejala yang kebiasaannya dialami ialah :

  • Sering berpeluh pada waktu malam
  • Keluar darah pada urine (air kencing)
  • Sering merasa sakit kepala
  • Berat badan turun tanpa sebab
  • Batuk secara berterusan
  • Mengalami pembengkakan pada kaki atau abdomen

 

Golongan Yang Berisiko

Terdapat beberapa golongan yang dikenalpasti mempunyai potensi yang tinggi untuk mengalami penyakit ini. Antaranya adalah seperti pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung, individu yang menggunakan injap jantung tiruan, pesakit jantung kongenital serta beberapa penyakit jantung lain lagi. Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga memiliki risiko yang sangat tinggi.

 

Faktor Penyebab Endokarditis

Punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami endokarditis adalah apabila kuman masuk ke dalam aliran darah mereka. Setelah berjaya masuk ke dalam aliran darah, kuman tersebut seterusnya akan melekat pada lapisan dalam jantung. Di sini, tcm nak kongsikan beberapa cara bagaimana kuman dapat masuk ke dalam aliran darah kita.

  • Melalui bahagian tubuh badan lain yang mengalami jangkitan
  • Aktiviti harian seperti menggosok gigi dan mengunyah makanan
  • Melalui jarum suntikan yang telah tercemar
  • Melalui luka pada gusi ketika prosedur rawatan gigi

 

Komplikasi Endokarditis

Kesan buruk endokarditis sekiranya tidak dirawat dapat mendorong kepada beberapa keadaan kesihatan yang lebih teruk seperti kegagalan jantung. Ini kerana, endokarditis dapat merosakkan injap jantung dan menghancurkan lapisan dalam jantung secara kekal. Kesan lainnya seperti stroke dan kerosakan organ-organ tubuh badan yang lain.

 

Langkah Pencegahan Endokarditis

Disebabkan penyakit ini dapat mendatangkan pelbagai kesan yang serius terhadap kesihatan kita, jom tcm nak kongsikan beberapa langkah pencegahan yang boleh kita semua amalkan di dalam mencegah penyakit ini. Antara langkah pencegahan tersebut ialah :

  • Pastikan anda mengambil antibiotik sebelum dan sesudah pembedahan
  • Menjaga kebersihan dan kesihatan diri terutamanya kesihatan gigi
  • Cegah penyalahgunaan dadah
  • Pastikan suntikan yang anda terima adalah menggunakan jarum yang tidak tercemar

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+endokarditis

http://www.alodokter.com/endokarditis

https://web.docdoc.com/id/info/condition/endokarditis

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>