TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah rendah ialah tekanan darah yang rendah nilai yang normalnya. Definisi tekanan darah rendah dispesifikasi menjadi tekanan darah rendah apabila bacaan sistolik 90 atau lebih rendah dan diastolic 60 atau lebih rendah. Jika bacaan tekanan darah anda adalah 90/60 maka sudah boleh dikatakan anda mengalami tekanan darah rendah.

tekanan1

 

Penyebab Tekanan Darah Rendah

Beberapa faktor dikesan sebagai punca penyebab tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah adalah pintu masuk untuk mendapat satu penyakit yang lebih serius. Berikut adalah penyebab tekanan darah rendah:-

  • Hamil – kerana sistem pusingan darah menjadi luas kerana ada bayi yang harus dibekalkan oleh si ibu, maka terjadi tekanan darah rendah pada ibu hamil.
  • Gangguan Jantung
  • Gangguan hormon – gangguan seperti hormon thyroid yang rendah
  • Hidrasi – kekurangan cairan dalam tubuh badan akan menurunkan volume dalam pusingan darah.
  • Pendarahan – kehilangan darah dalam jumlah yang banyak.
  • Infeksi – infeksi yang berat akan menimbulkan hipertensi
  • Ubatan – ada beberapa ubatan yang menyebabkan tekanan darah rendah.

tekanan2

Jenis Tekanan Darah Rendah

Ada beberapa jenis tekanan darah rendah yang perlu anda ketahui adalah:-

  • Orthostatic Hypotension – Jika anda berada dalam posisi duduk atau baring, dan kemudian tiba tiba anda hendak bendiri dan tekanan darah anda menurun.
  • Post prandial hypotension – ketika anda makan maka darah akan mengumpul disaluran pencernaan, tubuh akan mengkompensasi kekurangan darah ditempat lain dengan kerja jantung dan mengecilkan ukuran pembuluh darah.
  • Neuraly Mediated Hypotension – berdiri terlalu lama. Apabila berubah posisi akan terjadi tekanan darah rendah.

 

Faktor risiko tekanan darah rendah

Beberapa faktor risiko terjadinya tekanan darah rendah seperti:-

  • Usia  - biasanya terjadi pada usia lebih dari 65 tahun.
  • Ubat – beberapa jenis ubat terutama hypertensi
  • Penyakit tertentu – Parkinson, jantung, diabetes.

 

tekanan

Bahaya tekanan darah

Bahaya tekanan darah rendah ini boleh berlaku dimana mana sahaja. Dan boleh menyebabkan sehingga pengsan. Bahaya nya jika ketika sedang memandu. Tekanan darah rendah yang berat akan mengakibatkan berkurangan kemasukan oksigen ke dalam organ yang akan merosakan organ seperti hati dan jantung.

 

Perubatan untuk tekanan darah rendah

Jika anda menderita tekanan darah rendah atau mendapatkan beberapa gajala tekanan darah pada diri sendiri, maka disarankan untuk melakukan pemeriksaan doktor. dan cuba amalkan petua ini:-

  • Minum lebih banyak air
  • Hindari alkohol
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang
  • Makan dalam hidangan yang sedikit dan yang rendah karbohidra

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>