Kanser Mulut

oie_tRfMMD0TXESG

Kanser merupakan sejenis penyakit yang sangat digeruni ramai. Ini kerana kanser merupakan salah satu penyakit yang dapat menyebabkan kematian. Pada artikel kali ini, tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan kanser mulut. Kanser mulut merupakan suatu ketumbuhan yang tidak normal yang terjadi pada bahagian mulut.

Antara kawasan yang dapat mengalami ketumbuhan kanser mulut adalah seperti bibir, bahagian bawah dalam mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan juga gusi.

 

Gejala-Gejala Kanser Mulut

  • Merasa sakit pada bahagian tekak
  • Mengalami pendarahan, sakit serta berat badan menurun
  • Terdapat ketulan pada bahagian leher lebih dari 3 minggu
  • Merasa kebas pada kawasan lidah atau bahagian lain mulut
  • Rahang bengkak dan menyebabkan gigi palsu tidak selesa
  • Terjadi ulser di dalam mulut dan tidak sembuh selepas 2 minggu
  • Sukar mengunyah atau menelan makanan

Walaupun anda mengalami gejala-gejala di atas. Tidak semestinya anda menghidapi kanser mulut. Ia turut dapat disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain. Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya anda tetap berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lebih lanjut.

 

Faktor Pendorong Kanser Mulut

  1. Amalan mengunyah sirih bersama pinang dan tembakau
  2. Genetik atau keturunan
  3. Pengambilan minuman beralkohol
  4. Pendedahan terhadap cahaya matahari secara berlebihan
  5. Menghidapi penyakit HIV atau sifilis

 

Langkah Penjagaan Mulut

Pertama sekali banyakkan minum air bagi memastikan mulut anda sentiasa lembap dan tidak kering. Elakkan dari menggunakan cecair kumuran yang mengandungi alkohol. Bersihkan mulut, lidah dan gusi anda. Gosok gigi dengan cara yang betul. Bagi mereka yang menggunakan gigi palsu, pastikan gigi palsu anda masih sesuai dipakai serta tidak longgar.

Ini bagi mengelakkan gigi palsu anda mencederakan tisu lembut di dalam mulut anda. Akhir sekali, jaga pemakanan anda. Makanan yang mengandungi zat yang tinggi, lembut dan mudah dikunyah adalah yang sangat disarankan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.myhealth.gov.my/amalan-penjagaan-kesihatan-pergigian-bagi-pesakit-kanser-mulut/

http://tuahprimadona.com/artikel/tanda-tanda-awal-kanser-mulut/

http://www.mmgazette.com/kanser-di-dalam-mulut-dr-husna-razak/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>