Gangguan Keperibadian

oie_o8xEczEHYApL

Gangguan keperibadian merupakan sejenis penyakit mental yang mengganggu seseorang itu. Di mana, mereka akan mengalami kesukaran untuk memahami sesuatu situasi itu serta orang disekitar mereka. Terdapat pelbagai jenis gangguan keperibadian. Secara umumnya, mengalami gangguan seperti ini akan membuatkan seseorang itu tidak mampu untuk berfikir dan bertindak secara normal dalam apa jua keadaan. Hal ini semestinya akan menyebabkan, mereka mengalami masalah keterbatasan di dalam pergaulan sosial, tidak kiralah sama ada mereka masih di bangku persekolahan ataupun sudah di alam pekerjaan. Terdapat banyak sebab yang dapat menyebabkan terjadinya gangguan keperibadian ini.

Antara faktor-faktornya ialah cara asuhan daripada ibubapanya sendiri, faktor genetik, keperibadian dan pembangunan sosial seseorang itu dan peningkatan stress yang perlu dihadapi oleh seseorang itu. Gangguan keperibadian merupakan suatu perkara yang sangat serius serta perlu diberi perhatian. Walaupun begitu, terdapat juga mereka yang mengalami gangguan keperibadian(ringan) di mana mereka mampu untuk hidup normal seperti biasa. Akan tetapi, apabila tahap stress semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai tekanan seperti masalah pekerjaan dan perkahwinan. Gangguan keperibadian akan mulai serius dan seterusnya mengganggu fungsi emosi serta psikologi mereka. Gangguan keperibadian dapat dibahagikan kepada 10 jenis.

 

Jenis2 Gangguan Keperibadian

  1. Paranoid – Gangguan ini merujuk kepada perasaan seseorang itu yang merasa ketidakpercayaan kepada orang lain dan kecurigaan berlebihan bahawa orang disekitarnya memiliki motif jahat.
  2. Schizoid – Mereka yang mengalami masalah jenis ini kebiasaannya, menghindari perhubungan dengan orang lain serta tidak menunjukkan banyak emosi. Mereka sering dikenali sebagai “penyendiri”.
  3. Schizotypal – Ramai percaya, ia merupakan skizofrenia ringan. Mereka percaya memiliki pacaindera yang lebih dari orang biasa serta sering mengasingkan diri daripada orang lain.
  4. Antisocial – Tidak melambangkan seseorang dengan pergaulan sosial yang buruk akan tetapi, mereka mempunyai hati nurani yang kurang sensitif. Mereka suka berbohong dan mencuri. Mereka bersifat agresif serta lebih mementingkan keperluan diri berbanding orang lain.
  5. Borderline – Mempunyai ketidakstabilan pada perasaan hati mereka serta sentiasa merasa marah akan sesuatu. Disebabkan itu, mereka sering melepaskan kemarahan pada diri sendiri dengan menderakan diri mereka sendiri.
  6. Histrionic – Mereka yang sering menginginkan perhatian sentiasa. Mereka akan kerap mengganggu orang lain untuk mendominasi sesuatu perbualan itu. Percaya bahawa setiap orang menyukai mereka. Sering berpakaian menampakkan kelemahan mereka untuk dapatkan perhatian.
  7. Narcissistic – Mereka yang mengalami gangguan ini senang mencari perhatian dan pujian. Mereka suka memperbesarkan kehebatan mereka. Cenderung untuk menunjukkan kesan yang baik di awal perhubungan namun mengalami kesukaran untuk menjaga hubungan jangka panjang.
  8. Avoidant – Mereka dengan gangguan ini sering merasa “tidak cukup”, menghindari situasi sosial serta menyukai pekerjaan yang tidak terlibat dengan orang lain. Mereka takut ditolak serta risau sekiranya mereka memalukan diri sendiri dihadapan orang lain.
  9. Dependent – Cenderung untuk bergantung dengan orang lain serta takut kehilangan mereka. Berkemungkinan untuk membunuh diri sekiranya terpisah dengan orang yang mereka cintai.
  10. Obsessive – Mereka terlalu fokus kepada keteraturan dan kesempurnaan. Mereka cenderung untuk terlibat di dalam hal-hal yang terperinci sehingga mereka kehilangan gambaran yang lebih besar.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>