Tips Kesihatan : Sakit Tekak

oie_zdFdr1I5BE0p

Salam sihat buat semuanya. Memandangkan sejak kebelakangan ini cuaca sentiasa tidak menentu, tcm  memilih tajuk sakit tekak sebagai perkongsian bersama kita untuk hari ini. Walaupun kelihatan remeh, sakit tekak sebenarnya dapat mengganggu perkara seharian kita. Selain itu, waktu tidur kita juga akan turut terganggu sekiranya kita mengalami sakit tekak.

Ok, jom kita tengok lebih mendalam berkenaan dengan sakit tekak. Sakit tekak adalah simptom yang kebiasaannya melibatkan sekitar tonsil dan farinks. Istilah sakit tekak berubah-ubah mengikut kawasan yang terlibat. Sekiranya ia membabitkan bahagian farinks, ia dikenali sebagai “pharyngitis”. Bagi yang melibatkan kedua-dua bahagian tonsil pula dikenali sebagai “tonsillitis”.

 

Untuk keadaan yang melibatkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai “pharyngotonsillitis”. Sakit tekak berlaku apabila radang yang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Keadaan ini seterusnya dapat menyebabkan seseorang itu merasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak.

Kesan daripada radang yang terjadi juga kadangkala dapat menjejaskan struktur kotak suara seseorang itu, hal ini seterusnya menyebabkan suara mereka menjadi garau serta kadangkala sukar untuk mengeluarkan suara. Sekiranya ini berlaku, anda dapat mengurangkan kesakitan yang dialami dengan kurangkan bercakap. Ini kerana, banyak bercakap dapat menjadikan tekak anda lebih kering.

 

Penyebab Sakit Tekak

oie_cU6mwD5ZgUiv

Antara penyebab umum yang menyebabkan terjadinya sakit tekak adalah disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria. Sakit tekak yang disebabkan oleh bakteria, kebiasaannya memberi tindak balas yang baik kepada rawatan dengan menggunakan antibiotik. Manakala, sakit tekak yang disebabkan virus pula kebiasaannya akan sembuh sendiri dalam tempoh yang tertentu.

 

Faktor-Faktor Penyebaran

oie_j7Z8Lu0yKzor

  • Batuk
  • Perkongsian minuman
  • Bersin
  • Ciuman

 

Tips Mengatasi Sakit Tekak

stickerline-201411271636041

  1. Banyakkan minum air suam serta air kosong
  2. Berkumur dengan air garam
  3. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya
  4. Elakkan daripada menghidu asap rokok, kereta, kilang dll
  5. Kurangkan bercakap

 

P/S: Bagi mereka yang mengalami batuk atau sakit tekak yang berpanjangan selama 3 ke 4 minggu, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor. Ini kerana, dikhuatiri anda mengalami penyakit yang lebih serius dan bahaya seperti TB (tuberculosis) ataupun kanser tekak.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>