Tips Mengatasi Mengantuk Siang Hari

oie_IR5wCbGyw986

Rasa kurang cergas serta lesu dan mengantuk di siang hari dapat dialami oleh banyak orang. Sememangnya perkara ini amat mengganggu kebanyakan orang, tidak kiralah yang telah pun bekerja ataupun masih belajar. Bagi yang bekerja, mereka pasti akan mengalami masalah untuk fokus terhadap kerja yang perlu dilakukan. Begitu juga terhadap pelajar yang pasti mengalami kesukaran untuk memberi tumpuan semasa belajar sekiranya rasa mengantuk mengganggu aktiviti seharian mereka. Mengantuk serta terasa tidak bermaya di siang hari boleh disebabkan oleh cara pemakanan serta gaya hidup yang diamalkan oleh seseorang itu. Cara pemakanan dan gaya hidup yang salah serta tidak sihat dapat membuatkan kita merasa cepat letih serta tidak bertenaga. Berikut adalah antara tips-tips yang boleh diamalkan bagi membantu menyelesaikan masalah sering mengantuk di siang hari serta tidak bertenaga.

 

Antara Tips2 Elakkan Mengantuk Siang Hari:

  1. Mesti bersarapan setiap pagi walaupun tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan di waktu pagi dapat membuatkan seseorang itu merasa lebih baik dari segi mental dan juga fizikal. Ini kerana, pengambilan sarapan pada waktu pagi dapat merendahkan hormon kortisol, iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.
  2. Kita disarankan untuk minum banyak air masak. Air sangat penting untuk memastikan setiap organ kita dapat berfungsi dengan sebaiknya. Sekiranya badan kita mengalami kekurangan air walaupun sedikit, darah kita akan menjadi pekat serta seterusnya memaksa jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuatkan kita terasa penat.
  3. Kurangkan pengambilan minuman berkafein. Kafein mempunyai kesan diuretik. Iaitu kesan yang dapat membuatkan seseorang itu kerap buang air kecil dan seterusnya kehilangan banyak air.
  4. Makan pada setiap 3 – 4 jam pada kuantiti yang kecil. Contohnya, makan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur 3 kali sehari dapat mengawal paras gula dalam darah. Ianya lebih baik daripada makan banyak dalam satu-satu masa. Apabila kita makan terlampau banyak dalam satu-satu masa, badan kita akan menggunakan tenaga yang lebih bagi menghadam makanan kita dan perkara ini dapat membuatkan kita berasa keletihan.
  5. Lebihkan pengambilan sumber serat sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari untuk meningkatkan tahap kesihatan kita serta mencegah dari penyakit. Selain itu, kita juga perlu makan 5 – 9 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.
  6. Mengamalkan teknik pernafasan yang betul. Tarik nafas dalam-dalam (sehingga terasa di dalam perut) kemudian, lepas dengan perlahan-lahan. Ulang sebanyak 10 kali. Ini dapat membantu kita bertenang. Apabila tertekan, pernafasan kita akan menjadi pendek dan cepat, kesannya kita akan merasa cepat penat ataupun letih disebabkan oleh kurangnya oksigen yang dibawa masuk ke dalam badan kita.
  7. Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Ini kerana, cahaya daripada televisyen dan komputer dapat membuatkan anda untuk sukar tidur dan berehat.
  8. Makan gula-gula sekiranya terasa mengantuk semasa di siang hari.
  9. Letakkan sedikit minyak angin di dahi apabila terasa mengantuk ataupun letakkan sedikit minyak angin di sapu tangan anda dan tekupkan di hidung.

 

Rawatan Alternatif : Chinese Master Tole

Saya sangat-sangat mencadangkan anda untuk berkunjung ke The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center, mereka amat berpengalaman di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Mereka menggunakan teknik rawatan alternatif beserta ubat-ubatan herba yang sangat tinggi khasiatnya tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan. :)

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161633KyCVYvFp

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>