Aterosklerosis

oie_dSfyKvBKQgX7

Aterosklerosis merupakan salah satu jenis penyakit jantung dan pembuluh darah yang boleh mengundang kepada terjadinya serangan jantung. Aterosklerosis adalah satu proses di mana berlaku penebalan dan pengerasan dinding pembuluh darah arteri. Ia berlaku secara progresif sebagai kesan daripada pengumpulan lemak (plak) pada lapisan dalam pembuluh darah arteri yang seterusnya dapat mempengaruhi pengaliran darah dengan menghalang pengaliran tersebut atau menyempitkan laluannya. Arteri yang sihat bersifat fleksibel, kuat dan elastik. Namun apabila aterosklerosis terjadi, dinding dalam pembuluh darah arteri akan menjadi tebal dan kaku akibat daripada pengumpulan lemak yang terbentuk di dalam pembuluh darah tersebut. Secara tak langsung, perkara ini akan menghalang penghantaran oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan seterusnya mampu untuk mengundang penyakit yang berbahaya seperti serangan jantung.

Secara ringkasnya, serangan jantung terjadi apabila sel-sel dalam badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan tidak mendapat oksigen dan nutrien yang diperlukan. Jika otot jantung tidak mendapat oksigen dan nutrien yang mencukupi, keradangan akan berlaku dan seterunya menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung. Kadar denyutan jantung normal bagi seseorang adalah sekitar 80-90 denyutan seminit. Namun, sekiranya seseorang itu menghidap penyakit aterosklerosis, kadar denyutan jantung mereka akan menjadi lebih cepat sekiranya mereka melakukan sebarang aktiviti lasak, bersenam ataupun sekiranya mereka berada di dalam keadaan yang tertekan. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada terjadinya aterosklerosis. Antaranya ialah melalui faktor pemakanan. Jadi, adalah dicadangkan agar anda mengamalkan cara pemakanan yang seimbang agar dapat mencegah daripada mendapat serangan aterosklerosis.

102936-kung-fu-panda-eating-gif-Imgur-4SPm

Faktor2 Aterosklerosis :

  1. Keturunan
  2. Merokok
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Kolestrol yang tinggi
  5. Diabetes
  6. Alkohol
  7. Obesiti
  8. Pencemaran Udara

post-37628-kung-fu-panda-stairs-gif-Imgur-YwUM

Gejala2 Aterosklerosis :

  1. Merasa sesak pada dada
  2. Mengalami masalah penghadaman serta sering sakit perut
  3. Kerap merasa tidak selesa pada badan serta kerap berpeluh
  4. Mengalami pening kepala serta kadangkala pitam
  5. Degupan jantung lebih cepat dari kadar denyutan biasa
  6. Muka kelihatan pucat
  7. Badan terasa lesu serta letih

kung-fu-panda

Langkah2 Pencegahan :

  1. Menjaga berat badan yang ideal
  2. Berhenti merokok serta menghindarkan diri daripada asap rokok
  3. Melakukan senaman serta bersukan mengikut jadual yang ditetapkan
  4. Mengelakkan diri daripada kerap stress
  5. Mengawal kadar tekanan darah serta kolestrol agar berada pada tahap yang sihat
  6. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
  7. Lakukan pemeriksaan awal agar kita tidak lambat mengetahui sekiranya kita menghidapi penyakit ini

 

Bagi mereka yang sihat, pasti sukar untuk mengetahui nilai sebenar mendapat kesihatan yang baik. Namun, bagi mereka yang telah pun diduga dengan penyakit yang terpaksa mereka hadapi, pasti akan sangat-sangat menghargai kesihatan diri. Bagi saya, janganlah kita berputus asa sekiranya kita didapati menghidap sesuatu jenis penyakit itu. Berusaha bagi  mencari ubat adalah satu tindakan yang menunjukkan betapa kita menghargai kesihatan diri kita. Buat mereka yang mengalami aterosklerosis pula, saya mencadangkan anda untuk mengujungi The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Di sana, dengan pengalaman yang hebat di dalam bidang perubatan, mereka pasti akan melakukan yang terbaik bagi mengubati pesakit mereka dan seterusnya mengembalikan sesuatu yang sangat berharga di dalam kehidupan setiap pesakit iaitu kesihatan diri.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>