Fakta Menarik Air Mata

oie_jOEvH35kakLs

Air mata adalah suatu perkara semulajadi yang seringkali berlaku pada setiap orang. Air mata umumnya adalah sejenis cairan yang akan keluar apabila seseorang itu mengalami suatu emosi yang sangat kuat. Walaupun begitu, fungsi utama air mata adalah bagi menjaga kesihatan mata dengan membersihkan mata tersebut agar tidak kering dan tetap lembap, serta mencegahnya dari terkena sebarang jangkitan. Air mata akan mengalir apabila seseorang itu menangis. Terdapat pelbagai sebab yang berbeza-beza yang dapat membuatkan seseorang itu menangis. Antaranya ialah sedih dengan perkara yang terjadi, gembira dengan berita yang diterima, marah dengan hal yang terjadi, kesal di atas perkara yang dilakukan dll.

cat-sad-cat

Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya kita memiliki 3 jenis air mata yang berbeza serta mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Air mata pertama adalah air mata yang telah pun kita biasa kenali iaitu air mata emosi. Air mata ini biasanya terjadi kerana berlakunya peningkatan lakrimasi kerana tekanan emosi. Air mata yang kedua adalah air mata basal. Air mata ini berfungsi sebagai membasahi dan menjaga kelembapan serta menjaga kesihatan mata. Air mata ketiga pula adalah air mata refleks. Air mata ini akan berlaku ketika terdapat benda asing atau zat-zat yang boleh membuatkan terjadinya iritasi pada mata seperti bawang. Selain prosesnya yang kelihatan ringkas dan mudah, air mata menyimpan pelbagai lagi fakta-fakta menarik yang tidak diketahui ramai.

large

Antara Fakta2 Air Mata :

  1. Saluran air mata lelaki lebih kecil jika dibandingkan dengan wanita.
  2. Air mata emosional mempunyai komposisi kimia yang berbeza berbanding air mata yang disebabkan oleh iritasi
  3. Salah satu hormon stress dilepaskan dari tubuh melalui air mata
  4. Air mata dapat membantu melihat dengan lebih baik, walaupun ketika kita tidak menangis, air mata mengalir dari kelenjar lakrimal anda dengan setiap berkedip, membasahi mata anda
  5. Bayi menggunakan “tangisan” sebagai medium untuk berkomunikasi memaklumkan tentang, kehausan, lapar, mengantuk, kelelahan, ketidakselesaan, kebosanan dll
  6. Ketika seseorang menangis, air mata yang pertama, berasal daripada mata sebelah kanan
  7. Kajian menunjukkan air mata mengandungi chemosignal yang boleh mengurangkan kadar testosteron
  8. Air mata mempunyai komposisi yang sama dengan air liur seperti protein, garam dan juga hormon. Namun, air mata mempunyai perbezaan rasa dan bau daripada air liur
  9. Kajian menunjukkan, apabila seseorang itu menangis dan mengeluarkan air mata, ianya dapat menurunkan tekanan darah dan denyut jantung

 

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>