Tips Kesihatan : 8 Tips Gaya Hidup Sihat

oie_Fpk4XBdy8zJV

Boleh dikatakan kebanyakan artikel yang tcm tulis pasti akan terdapat saranan bagi para pembaca semua mengamalkan gaya hidup sihat. Tips ini dapat diguna pakai bukan hanya bagi mencegah daripada penyakit berbahaya. Malah ia juga dapat membantu anda kembali sihat sekiranya tubuh badan anda diserang sesuatu penyakit. Akan tetapi, tahu tak anda apa itu gaya hidup sihat?

Jom, pada artikel kali ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai tips-tips atau langkah-langkah yang dapat anda lakukan di dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

 

8 Tips Gaya Hidup Sihat

1. Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang di sini bermaksud pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan seperti karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air dan serat mengikut kadar yang bersesuaian. Serta elakkan daripada makan makanan yang diluar kerana kebanyakan makanan yang dijual menggunakan bahan perasa seperti MSG, minyak  dengan berlebihan.

Minuman berkarbonat juga tidak digalakkan kerana mengandungi kadar gula yang sangat tinggi.

 

2. Mengatasi Stress

Sebagai manusia, kita semua pasti akan mengalami stress atau tekanan. Terdapat banyak punca yang dapat membuatkan seseorang itu stress. Antaranya adalah seperti masalah keluarga, kerja, kewangan, kesihatan dan sebagainya. Jadi cubalah untuk mengatasi perasaan stress anda dengan mengamalkan beberapa tips seperti berfikiran positif, belajar untuk bertenang, luangkan masa untuk hobi dan juga keluarga.

 

3. Minum Air Secukupnya

Tubuh badan yang sihat memerlukan air yang mencukupi. Air yang dimaksudkan disini ialah air kosong atau air masak. Apabila tubuh badan mempunyai bekalan air yang mencukupi, segala proses tubuh badan akan berjalan dengan lancar. Bagi mereka yang ingin tambah vitamin di dalam badan, anda boleh juga minum jus buah-buahan tanpa gula.

 

4. Cegah Tabiat Buruk Seperti Merokok

Tanpa perlu dimaklumkan, melalui pendedahan daripada pihak kesihatan, kita semua sedia maklum bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan seseorang. Perokok berisiko mendapat penyakit paru-paru, jantung dan lebih 40 jenis penyakit lain yang boleh membawa maut. Ini adalah kerana, asap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya

Jadi, marilah kita sama-sama katakan tidak pada rokok.

 

5. Jaga Kebersihan

Jaga kebersihan diri, keluarga, rumah dan persekitaran anda. Elakkan sama sekali daripada tinggal di kawasan yang tidak bersih ataupun kotor. Selain diri sendiri, ajarkan juga cara menjaga kebersihan pada ahli keluarga anda. Dengan sama-sama menjaga kebersihan, anda secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk didiami.

Pastikan juga sebelum makan, basuh tangan anda dengan bersih-bersih. Ini supaya bakteria yang terdapat pada tangan anda tidak dapat masuk ke dalam tubuh badan anda.

 

6. Dapatkan Rehat Secukupnya

Rehat dan tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan tekanan yang dialami selain dapat menenangkan tubuh badan serta minda anda. Selain itu, proses metabolisma tubuh badan anda juga dapat berjalan dengan lancar. Walau sesibuk mana sekalipun anda, jangan sesekali lupa untuk berehat ya. Individu yang mendapatkan rehat yang mencukupi juga mampu meningkatkan produktiviti kerja mereka.

 

7. Bersenam

Tidak perlu tungu untuk pergi ke gym atau mana-mana pusat kesihatan. Dengan aktiviti senaman yang ringkas dan mudah seperti jogging, ia sudah cukup bagus untuk diamalkan secara rutin. Bagi menjadikan aktiviti anda lebih menyeronokkan, ajak sekali ahli keluarga anda untuk turut serta bersenam dengan anda. Selain aktiviti tersebut menjadi lebih menyeronokkan, keluarga anda juga akan turut semakin sihat.

 

8. Melakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sangat penting untuk kita semua lakukan. Ia bertujuan supaya anda dapat memantau tahap kesihatan anda yang terkini. Tips ini secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih berjaga-jaga terhadap tahap kesihatan anda. Selain itu, sekiranya anda menghidapi sebarang penyakit, doktor akan dapat mengenalpastinya dengan lebih awal dan dapat melakukan rawatan dengan kadar segera. Bagus kan?

 

Berikut di atas, tcm kongsikan dengan anda semua 8 tips atau 8 langkah di dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Tcm harap dengan mengamalkan tips-tips di atas, kehidupan anda akan menjadi lebih sihat dan bahagia. Penting untuk kita semua tahu, duit yang banyak tanpa tubuh badan yang sihat juga tidak bermakna.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=amalan+gaya+hidup+sihat

https:///slideshare.net/HasUMK/7-amalan-hidup-sihat-yang-mudah-dilakukan

https://akademijl.com/2017/01/06/13-tips-gaya-hidup-sihat-keluarga-ceria/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>