Tips Kesihatan : Kebaikan Minyak Zaitun

oie_sPpUVmLfkDed

Salam sejahtera buat semua pembaca. Hari ini tcm akan kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan kebaikan yang dapat kita semua perolehi daripada minyak zaitun. Minyak zaitun merupakan sejenis minyak yang sememangnya kaya dengan pelbagai kebaikan baik dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Terdapat dua jenis minyak zaitun yang digunakan untuk kecantikan.

  1. Minyak Zaitun Tulen : Minyak zaitun jenis yang pertama ini kebiasanya boleh didapati di pusat-pusat rawatan yang menyediakan khidmat aromaterapi.
  2. Minyak Zaitun Campuran : Minyak zaitun jenis ini pula kebiasaannya sudah dicampur dengan bahan-bahan dan sering diguna pakai di dalam pembuatan losyen, syampu, pembersih wajah dan banyak lagi.

 

Minyak Zaitun Untuk Kecantikan

oie_WEUPWua7D4Vh

  • Merawat kulit berminyak : Masker wajah yang diperbuat daripada campuran minyak zaitun terbukti dapat menghilangkan kesan-kesan minyak berlebihan yang terdapat pada wajah seseorang itu.
  • Merawat kulit : Kulit kita sering terdedah dengan pelnagai faktor persekitaran. Dengan mengamalkan penggunaan minyak zaitun pada kulit kita sebelum melakukan aktiviti di luar rumah, kulit akan lebih dilindungi terutamanya daripada kesan sinaran matahari yang berlebihan.
  • Membuang kotoran di wajah : Setelah terdedah dengan persekitaran yang kotor, minyak zaitun dapat digunakan pada kulit wajah setelah dibersihkan menggunakan air panas. Setelah itu, dibilas semula menggunakan air dingin supaya kotoran yang telah keluar tidak masuk semula.
  • Merawat rambut bermasalah : Hasil gabungan daripada ekstrak buah zaitun dan madu dapat digunakan bagi merawat pelbagai masalah kerosakan rambut.

 

Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

oie_xRBTRlUiPL9W

Selain kehebatannya didalam memberikan hasil yang tebaik di dalam penjagaan kecantikan buat mereka yang mengamalkannya, minyak zaitun juga didapati sangat berguna di dalam memelihara kesihatan tubuh badan kita. Caranya adalah dengan menggantikan minyak zaitun dengan minyak goreng biasa yang digunakan didalam masakan kita. Berikut merupakan kebaikan yang dapat kita peroleh :

  • Dapat membunuh sel-sel kanser
  • Mencegah penyakit jantung dan stroke
  • Menjaga kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membasmi kutu di rambut
  • Menurunkan kadar kolestrol jahat (LDL)
  • Mengurangkan terjadinya penyumbatan (trombosis)

 

Kesan Sampingan Minyak Zaitun

Walaupun minyak zaitun baik untuk kesihatan dan juga buat kecantikan kita, namun sekiranya digunakan dengan cara yang tidak betul seperti berlebihan daripada yang sepatutnya, minyak zaitun dapat mendatangkan beberapa kesan sampingan.

Contohnya seperti diarrhea dan ruam pada kulit. Bagi pesakit diabetes dan mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, seeloknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak zaitun.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>