DERMA ORGAN

derma1

Pemindahan organ manusia kepada manusia yang lain adalah merupakan satu kaedah baru dalam dunia perubatan masa kini dan telah berkembang di abad 21. Proses pemindahan organ ini adalah satu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah  atau berpenyakit dengan organ yang baru. Organ yang digunakan datang dari dua  sumber iaitu penderma yang masih hidup dan penderma yang telah meninggal dunia. Pemindahan organ dari penderma  yang masih hidup mempunyai kelebihan berbanding dengan pemindahan organ dari penderma yang telah meninggal dunia. Ia boleh dilakukan pada masa yang sesuai dan pembedahan dapat dilakukan secara elektif dimana penderma dan penerima berada pada tahap kesihatan yang sesuai  dan pada masa yang sesuai. Organ dari penderma hidup juga berfungsi lebih baik dan lebih lama.

Pemindahan organ dari penderma hidup hanya dibenarkan dari kalangan ahli keluarga yang ada pertalian darah sahaja.penderma hidup juga mempunyai risiko tertentu akibat pembedahan termasuk kematian. dan juga kesan negatif dari segi psikologi. Risiko pembedahan termasuk kesakitan, jangkitan, pendarahan, darah beku, kecederaan tisu.

Pemindahan organ dari penderma kadaverik pula dilakukan selepas penderma meninggal dunia dengan mendapat keizinan dari waris dan ahli kelurga sekiranya simati tidak membuat ikrar derma organ. Organ yang boleh didermakan termasuklah buah pinggang , hati, jantung, paru paru dan juga tisu iaitu kornea (mata), kulit, injap jantung dan tulang.

Di Malaysia, organ yang  mula dipindahkan ialah mata (kornea), bagi pemindahan ginjal  ianya telah bermula pada disember 1975. Pemindahan hati telah dimulakan padan tahun 1995 dan pada 1997 satu pembedahan jantung telah Berjaya dijalankan.

Pepatah melayu ada menyatakan bahawa seberat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Penderitaan dan kesulitan yang ditanggung hanya difahami oleh mereka yang terlibat sahaja.

derma

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>