Tips Kesihatan : 8 Petua Halau TIkus

oie_cuySb6CF7wDe

Selamat petang semua, bagi yang dah habis bekerja, hati-hati memandu ye untuk pulang ke rumah tu. :) Ha, nak tanya, ada tak pembaca kat sini yang ada masalah tikus dekat rumah? Stress betul kan. Sekiranya anda mempunyai masalah tikus, hendaklah segera anda selesaikannya. Ini kerana, selain dapat merosakkan rumah anda, ianya juga bahaya dari segi kesihatan.

Antara penyakit yang berbahaya serta mampu mengancam nyawa turut dapat disebabkan oleh tikus. Contohnya seperti penyakit kencing tikus. Jadi, bagi menjadikan hidup kita bebas daripada masalah ini, tcm nak kongsikan petua-petua yang dapat kita amalkan bagi menghalau tikus dari rumah.

 

8 Petua Menghalau Tikus

1. Daun Pandan

Daun pandan dapat digunakan sebagai agen pewangi semula jadi untuk rumah anda. Tikus juga tidak menyukai daun pandan. Selain itu, anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu membeli pewangi rumah yang mahal.

 

2. Daun Durian Belanda

Caranya adalah dengan meletakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu dilalui tikus atau sarang tikus. Gantikan daun tersebut selepas 2 atau 3 hari di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Letakkan juga di dalam almari pakaian.

 

3. Buah Pong-Pong

Ini bukan typo ye, memang nama buah ni buah pong-pong. Kalau tak caya, cuba google. :) Buah ini juga dapat digunakan bagi menghalau tikus. Caranya adalah dengan meletakkan buah pong-pong di kawasan yang disyaki ada tikus.

 

4. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Seterusnya potong buah tersebut kepada beberapa bahagian. Setelah siap, letakkan buah mengkudu yang telah dipotong tersebut di dalam mangkuk dan letakkan di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat dapat menghalau tikus.

 

5. Minyak Pudina

Sapukan minyak pudina pada kain dan letakkan kain tersebut di tempat yang sering menjadi laluan tikus. Bau pudina juga merupakan salah satu bau yang tidak disukai oleh tikus.

 

6. Bela Kucing

Ini merupakan berita gembira buat mereka yang sukakan kucing. Ini kerana, selain dapat bermanja dengan kucing anda, mereka juga dapat membantu menyelesaikan masalah tikus anda. Akan tetapi, ada juga kucing yang tak  layan tikus ni tau, mungkin kena bagi latihan dulu kot. :)

 

7. Serai Wangi

Terdapat banyak produk serai wangi di pasaran dalam bentuk semburan. Ia bukan hanya efektif bagi menanggani masalah tikus sahaja, akan tetapi ia turut dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah haiwan perosak dan serangga lain.

 

8. Cat Badan Tikus

Tips yang akhir sekali ni agak ekstrem. Ini kerana anda perlu menangkap dulu seekor tikus dan kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah dan kemudian lepaskan. Tikus itu pasti tidak akan datang lagi ke rumah anda, malah tikus-tikus lain juga turut takut untuk mengganggu rumah anda lagi.

 

Selamat Mencuba! :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=petua+halau+tikus

http://penmerah.com/health-and-beauty/8-petua-untuk-halau-tikus-dari-rumah/

https://siraplimau.com/petua-halau-tikus-tips-cara/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>