Buasir

oie_Qs1EzCTs9Cq5

Hai!! Apa khabar semua? :) Tajuk yang akan dibincangkan hari ini adalah berkenaan dengan “Buasir”. Pada pendapat tcm, ramai di dalam masyarakat kita telah pun mengetahui akan penyakit ini. Akan tetapi, sejauh manakah pengetahuan mereka berkenaan penyakit ini. Oleh kerana, sesiapa sahaja berisiko mengalami penyakit ini, tcm merasa eloklah sekiranya kita membincangkan berkenaan penyakit ini agar kita dapat juga mengetahui cara bagi mencegahnya.

Buasir adalah sejenis penyakit yang berlaku pada bahagian dubur seseorang itu. Kebiasaannya, penyakit ini akan dapat dikesan apabila saluran dubur seseorang itu membengkak. Buasir dapat terjadi pada dua bahagian iaitu sama ada dibahagian dalam atau pada bahagian luar. Bagi penderita buasir, kesan sakit daripada penyakit ini akan semakin terasa apabila mereka ingin membuang air besar. Ianya disebabkan oleh kesan tekanan daripada otot dubur pada kawasan yang mengalami pembengkakan.

Bengkak terjadi disebabkan berlakunya pengembangan saluran darah pada sel-sel yang  melapisi lapisan saluran dubur. Selain daripada pembengkakan pada saluran dubur, pendarahan yang berlaku semasa proses pembuangan air besar juga disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesal dengan buasir.

 

Jenis-Jenis Buasir :

miss-bone-1211. Buasir Dalaman

  • Secara umumnya, pesakit yang mengalami buasir jenis ini tidak akan berasa sakit kerana ia berada jauh di dalam rektum. Walaupun buasir dalaman boleh dianggap tidak berbahaya, tetapi, aktiviti meneran dan gangguan daripada laluan najis semasa membuang air besar dapat mencederakan permukaan buasir yang rapuh dan seterusnya menyebabkannya berdarah.

2. Buasir Luaran

  • Kita lebih sering dengar akan kes buasir jenis ini. Di mana, pesakit akan merasakan gejala-gejala seperti sakit, gatal dan pedih pada bahagian dubur. Hal tersebut akan lebih teruk sekiranya buasir tersebut tersepit dan menyebabkan bekalan darah terputus. Disebabkan itu, seterusnya bekuan darah akan terjadi di dalamnya dan membuatkan penderita buasir merasa teramat sakit.

 

Gejala Penyakit Buasir :

6727122_20141231090720

  • Berlakunya pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar.
  • Darah menitis atau mengalir keluar dari saluran dubur
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut pada bahagian dubur
  • Ketika pendarahan berlaku pesakit boleh mengalami kekurangan darah
  • Berlaku pembengkakan pada dubur. Bengkak tersebut keluar ketika membuang air besar. Pesakit merasa kurang sakit akan tetapi merasa gatal-gatal.

 

Faktor Pendorong Buasir :

oie_trans

  • Sering mengangkat beban yang terlalu berat
  • Mengalami batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mencangkung terlalu lama di dalam tandas
  • Golongan berumur (saluran darah lemah)
  • Sering duduk dalam jangka masa yang lama tanpa bergerak
  • Kegemukan
  • Meneran terlalu kuat (ketika najis keras atau sembelit)
  • Mengalami cirit-birit

Antara penyebab yang paling sering menjadi pendorong seseorang itu menderita buasir ialah mempunyai ahli keluarga yang mengalami buasir, batuk yang teruk serta berpanjangan dan meneran terlalu kuat ketika membuang air besar. Sekiranya anda tergolong di dalam golongan tersebut, pastikan anda lebih berjaga-jaga serta sentiasa mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan terjadinya buasir.

 

Langkah Pencegahan Buasir :

oie_mnGa3xqtu5Jb

  • Dapatkan rawatan awal sekiranya anda mengalami batuk, cirit-birit dan juga sembelit. Ini kerana, sekiranya masalah tersebut berpanjangan, ia dapat mengundang kepada berlakunya buasir.
  • Jangan menahan nafas anda ketika mengangkat beban. Angkatlah dengan cara yang betul iaitu menghembuskan nafas keluar apabila mengangkat sesuatu beban atau apabila anda ketegangan.
  • Elakkan daripada membaca atau berehat di dalam tandas semasa membuang air besar. Amalkan tabiat membuang air besar yang betul sekiranya anda ingin mencegah dari terkena buasir.
  • Sekiranya pekerjaan anda sentisa memerlukan anda untuk duduk, anda tetap perlu bergerak sekali-sekala. Contohnya, membuat senaman ringan atau pergi ke tandas beberapa lama sekali. Ini bertujuan bagi mengelakkan tekanan secara terus-menerus pada rektum.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

line-lucu-SMS-Lucu-Pakai-Stiker-LINE-Dari-XL

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>