Ataxia

oie_IdsBoM0XXfuj

Apa itu ataxia? Ataxia merupakan sejenis penyakit yang melibatkan gangguan daripada pusat keseimbangan tubuh badan seseorang itu. Ianya boleh terjadi pada sistem propioseptif ataupun saraf keseimbangan. Ataxia sering terjadi apabila sebahagian daripada sistem saraf yang mengawal pergerakan seseorang itu rosak.

Pesakit yang menghidapi ataxia seterusnya akan mengalami kegagalan di dalam mengawal otot-otot tangan dan juga kaki mereka. Hal ini seterusnya akan menyebabkan keseimbangan seseorang itu terjejas atau gangguan GAIT (Glucosamine/Chondroitin Arthritis Intervention Trial).

 

Dua Kategori Ataxia:

oie_trans

Ataxia Yang Diperolehi (Non-Genetik)

Ataxia jenis ini tidak diperolehi seseorang itu melalui keturunan. Akan tetapi ianya adalah disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pengambilan alkohol secara berlebihan, tumor otak, kerosakan otak, kecederaan di kepala atau pengaruh zat kimia lainnya terhadap otak. Malah, stroke juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami ataxia.

Ataxia Yang Diturunkan (Genetik)

Ataxia jenis ini bersifat genetik dan ianya diturunkan di dalam keluarga. Gejala bagi ataxia boleh muncul sewaktu pesakit masih kanak-kanak ataupun setelah mereka dewasa. Ianya bergantung kepada jenis-jenis ataxia yang dihidapi seseorang itu.

 

Gejala Ataxia:

oie_trans (2)

Ataxia bukanlah sejenis penyakit yang merebak. Sebahagian besar penyakit ataxia diperolehi seseorang itu melalui keturunan, walaupun terdapat juga pesakit yang menghidapi penyakit tersebut melalui trauma ataupun daripada bahan-bahan bertoksik.

  • Sering jatuh tanpa sebab
  • Tidak mampu untuk berjalan disebabkan otot ditangan dan juga kaki menjadi lemah.
  • Hilang keseimbangan sehingga sukar untuk berjalan
  • Kemampuan tangan berkurang di dalam mengambil sesuatu benda meskipun terletak dekat dengan mereka
  • Tahap penglihatan dan pendengaran juga berkurang
  • Gagap di dalam percakapan
  • Otot belakang menjadi bongkok
  • Jantung sering berdegup kencang

 

Ataxia (non-genetik) dapat disembuhkan setelah penyakit dasarnya dapat diubati. Akan tetapi, bagi ataxia (genetik) pula, hingga saat ini, masih belum ditemui sebarang penawar bagi penyakit ini. Perkara yang dapat dilakukan bagi membantu pesakit ini adalah dengan memberikan sokongan mental dan fizikal kepada mereka. Namun begitu, para doktor serta pakar-pakar perubatan masih giat membuat kajian bagi mengubati penyakit ini. :)

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

2 Responses

  1. Shamson Nahar Mohd Sidin says:

    Ingin mendapat rawatan ataxia

    • admin says:

      Assalam Tuan Shamson,

      Terima kasih kerana sudi bertanya. Saya cadangkan tuan untuk mengunjungi link dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah tuan. Mereka sangat berpengalaman di dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Saya doakan semoga tuan cepat sembuh yea. :)

      http://thetole.org/

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>